Tuesday 15 July 2014

jalan kaki amal 2014

Assalamu'alaikum kengkawan

Pada hari sabtu yang lepas, 12 Julai 2014, saya bersama tiga sahabat yang lain berkesempatan untuk menghadiri dan menyertai dengan sepenuh hati program yang dianjurkan oleh PEMBINA MELAKA dengan kerjasama AMAN PALESTIN cawangan MELAKA dan MASJID AL-ALAMI, MITC MELAKA...

pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.. 

bergambar kenangan bersama peserta beliawanis


kami tiba di masjid al-alami kira-kira jam 2:45 petang.. kelibat peserta sudah kelihatan.. agak bersemangat wajah masing-masing.. kami lihat kebanyakan peserta beliawanis memakai baju kurung dan kain dengan sopannya.. huhu.. kami pun menyedapkan hati dengan berkata, "nak jalan kalau pakai seluar lagi senang kan..."

dalam jam 3:30 petang program dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis.. buat pertama kali saya mengikuti program bersama PEMBINA MELAKA.. agak malu pada awalnya.. akhirnya buat macam rumah sendiri pula.. seterusnya ucapan encik pengarah program mengambil tempat.. sungguh bersemangat beliau!

kemudian, slot TOT daripada encik maulana AF pula.. beliau menerangkan serba sedikit latar belakang beliau dan bagaimana beliau terjebak sebagai duta AMAN PALESTIN ni.. sebenarnya maulana tidak berapa sihat, namun digagahi juga untuk bersama kami.. moga Allah membalas pengorbananmu, insya Allah..

setelah itu, kami diberikan masa untuk membuat kain rentang dan sepanduk masing-masing.. water color, berus, span, glitter dan kertas mahjong diberikan.. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut warna.. saya berada bersama kumpulan MERAH.. memang tak boleh dipisahkan betul la hidupku dengan warna merah ni.. 

hasil pertama kami

hasil kedua kami.. alamak, terbalik pula.

hasil ketiga kami..

alhamdulillah.. cantik kan?

pengembaraan berjalan kaki pun bermula!

jalan amal PALESTIN.. pakai baju MESIR.. redah je la kn..

kutip sumbangan cepat.. hehe.. kumpulan yang mendapat kutipan tertinggi akan menang!

kumpulan kami mendapat tempat ketiga kategori beliawanis.. alhamdulillah.. berapa kutipan? saya pun tidak ingat berapa.. 

macam penat pula nak taip lagi.. 

sekejap, habiskan cerita sikit lagi.. selepas kami sudah kembali semula ke masjid.. masing-masing dengan muka kelaparan mengambil makanan, air dan aiskrim yang sedap itu.. duduk menunggu azan berkemundang... allahumma bariklana.... allahumma laka sumna....

alhamdulillah... program tamat sudah.. insya Allah, see next program ya!

untuk maklumat lanjut, boleh la ke page JalanKakiAmal

untuk menatap gambar berwibawa belia kita mengutip dana, sila like page  Pembina Melaka

ilal liqo'...


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...