Sunday 13 July 2014

kau semakin matang!

Assalamu'alaikum


hari ini merupakan hari ke 15 kita berpuasa.. alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk mencari keredhaan dan kemuliaan-Nya..

hari ini adalah hari paling bersejarah buat mak cikku.. kerana anak dara beliau sudah meningkat dewasa.. sudah akil baligh.. seakan tidak percaya si kanak-kanak kecil yang suka menjarit-jerit itu tatkala disuruh.. yang makan nasi sepinggan mengambil masa berjam-jam untuk dihabiskan.. itu sudah 'dewasa'.. 

kalau kita fikir betul-betul kan, usia matang sekarang atau  datang haid anak-anak kita semakin cepat.. kalau dahulu paling awal darjah lima atau enam.. malah ada juga yang tingkatan satu.. kini tidak lagi.. darjah tiga dan empat pun ada yang sudah baligh..

SIAPA YANG PERLU BERSEDIA?

jawapan terbaik adalah ibu dan bapa mereka... huhu..

mana tidaknya, saat anak-anak gadis menangis terkejut tatkala melihat darah di seluar dalam masing-masing, siapa yang mereka kejarkan dahulu? kalau bukan ibu mereka kan.. bapa jarang kot..

sepatutnya para ibu lebih bersedia dengan ilmu tentang haid ini.. terangkan kepada mereka dengan tenang.. kenapa kita datang haid? bila usia yang selalunya mula didatangi haid? apa kelebihan dan kekurangan tatkala berada dalam haid? apa yang diHARAMKAN ketika berhadas besar? ... agar anak mereka lebih bersedia dan terima kenyataan..


dan yang paling penting adalah IBU BAPA PERLU TEKANKAN PADA ANAK GADIS MEREKA YANG DOSA MEREKA SUDAH MULA DITANGGUNG SENDIRI!

jadi, nasihatilah mereka untuk tidak meninggalkan solat lagi.. paling penting tu..

moga ibu bapa di malaysia ini cepat matang dalam memberi ilmu pendidikan thaharah pada anak gadis masing-masing.. 

tahniah adik-adik!


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...