Sunday 27 July 2014

badar masyi 1435H

Assalamu'alaikum sahabat

rasanya cerita belum basi lahi.. harapnya begitulah kan..

pada hari sabtu yang lepas, pada 19 julai 2014, saya dan dua sahabat lama di uniti tercinta menghadiri satu program buat adik-adik baharu.. program diadakan bersempena bulan ramadhan yang sedah dijalani..

sampainya kami pada malam hari jumaat, teruja melihatkan agak ramai adik-adik yang hadir.. mereka sedang bertaaruf dalam halaqah besar.. bergelak ketawa mencetuskan suasana ukhuwah yang mendamaikan..



indah!

seterusnya, adik-adik bermoreh dengan nasi yang datang daripada program terawih uniti.. adohai! akhawat makan malam.. saya JU fizikal tau.. huhu

paginya, adik-adik bangun pagi untuk qiam bersama sebelum bersahur.. mereka tiada masalah untuk bangun seawal itu.. memang hebat la mereka ni..

bersahur dengan apa yang ada.. mereka redha jek.. sebab program ini tiada bayaran dikenakan, makanya semua self services.. saya ada juga bawa kurma sekotak.. bolehlah untuk santapan mereka..

setelah bersolat subuh bersama, kami dihidangkan dengan tazkirah ringkas tentang seorang sahabat Nabi saw iaitu Zubair al-Awwam.. beliau merukan bestfriend Talhah bin Ubaidillah.. sweet tau mereka ni, masuk Islam pun sama-sama..

times to BADAR MASYI!

seawal pukul 7 pagi, kami berwarming up dengan aerobik sebelum bergerak ke stesen seterusnya..

dalam surau pun boleh aerobik.. hehe..

seterusnya adik-adik berjalan kaki ke kawasan kediaman pelajar asrama di PD SANCTUARY kira-kira 2 km dari surau kami.. bau laut amat saya rindui!

setibanya di sana adik-adik dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. mereka bermain dengan beberapa permainan.. siap ganas-ganas tau dorang main.. bulan puasa bukan halangan untuk kita aktif! mereka membuktikannya....

seterusnya, mereka ada buat pembentangan kecil tentang tajuk yang telah diberikan.. main ala-ala pemberita 3 kepala tu.. antara tajuknya adalah: IKHTILAT, CINTA, WANITA, BUANG ANAK, COUPLE.. kelakar dan sungguh spontan dorang ni.. 

tamat sahaja para pemberita 4 kepala sebenarnya mempersembahkan persembahan mereka, sahabatku, Ain memberikan sedikit penerangan tentang tajuk berkenaan.. what is the meaning of couple actually? and bla.. bla...

KAKAK SENIOR SHARING PASAL BADAR!

saya ditugaskan untuk memberikan sedikit pengisian tentang perang badar.. mengambil pendekatan yang berbeza.. saya hanya menceritak sedikit tentang kronologi perang terhebat tersebut.. hampir 80% nya saya ceritakan ibrah atau pengajaran apa yang patut kita ambil.. 

bukan sekadar tahu cerita, tapi ambil pengajaran buat bekalan hidup merupakan perkara terpenting..

cuba kita selak semula sejarah Badar,

 bagaimana Rasulullah seorang pemimpin pada masa itu boleh menerima pendapat habib al-munzir untuk berkampung di tempat sebenar perang berlaku.. kalau secara logiknya pemimpin sekarang, mudah ke untuk terima pendapat orang bawahan? jangan tipulah kalau senang jek terima..

bagaimana tawakal para sahabat ketika itu? kuantiti sedikit amat lemah secara logiknya.. tapi mereka yakin yang Allah bersama mereka..

istighasah (mohon bantuan pertolongan) mereka pada Allah sangat menggerunkan.. mereka tidak henti-henti minta pertolongan daripada Allah agar diberi kemenangan..

ini hanya sebahagian ibrah yang kita dapat ambil.. biar sedikit tapi istiqamah.. tak gitu kawan-kawan..


buat pertama kalinya, pabila diminta untuk bagi pengajaran atau kesimpulan, adik-adik ini bagi yang out of the box!

hehe..

"saya dapat tahu cerita tentang perang badar. sebelum ini tak pernah dengar pun."

"saya dapat tahu macam mana cara menyampaikan tazkirah!"

 yang kedua tu agak rare kan.. hehe.. first time tau dengar dapat pengajaran macam tu..
ok.. kalau nak cerita membebel panjang la nanti...

sayang adik-adik! jumpa lagi insya Allah..

 





No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...