Tuesday 8 July 2014

DIARI PRAKTIKAL 1: pembantu hakim yang kecil

Assalamu'alaikum sahabat pembaca

semalam adalah hari yang sangat bermakna buatku.. hari pertama ditukarkan ke mahkamah rendah syariah melaka, aku diberi peluang untuk menjadi pembantu hakim.. sebetulan pula pembantu yang arif jamiah tidak hadir.. 

si penakut ukhti mawar ini pun dengan muka pucat lesi ditambah batuk tidak sihat menguruskan kes-kes yang baru baginya.. selama di mahkamah tinggi, aku bergelumang dengan kes faraid, hadhanah (penjagaan anak), pengiktirafan poligami dan khalwat serta bersekedudukan.. 

DALAM KENANGAN FAIL-FAIL FARAID

kini, many new case for me..!

kes wali hakim, kes pengesahan lafak cerai memang amat baru bagiku.. hari pertama yang menginsafkan dan memberi ketakutan buatku untuk berkahwin... huhu.. 

kes wali hakim

baru aku tahu kenapa sebenarnya gadis-gadis yang ingin bernikah pakat kelam-kabut cari wali hakim.. dan kebanyakannya adalah kerana mereka anak tak sah taraf.. apakah anak tak sah taraf? kalau orang kampung dan umum cakap anak luar nikah la... sedih rasanya tatkala diajukan kenapa nak wali hakim? sang gadis menjawab, "sebab saya anak tak sah taraf.". boleh pembaca bayangkan. mahu tak menggigil bibir sebut ayat tersebut.. 

mahu tidak mahu, mereka perlu meneruskan kehidupan.. bukan salah mereka pun.. akan tetapi sedikit sebanyak mereka menanggungnya juga.. sabar ya!

kes pengesahan lafaz cerai

melihatkan muka suami isteri yang hadir cuba bikin hati sebak.. isteri yang bengkak mata dan muka dek menangis.. walaupun kes dia belum disebut lagi.. suami yang seakan menyesal kerana melafazkan cerai tersebut.. herm.. tapi mereka nak rujuk semula tau.. alhamdulillah!

apa kerja pembantu hakim ini?

oh, tolong bawa kes orang kata.. saya panggil plaintif atau saksi atau yang berkaitan masuk ke kamar untuk perbicaraan ke wali hakim.. mesti la buat dalam kamar.. sulit ni! saya juga semak kehadiran plaintif dan defendan.. untuk kes dalam dewan terbuka, saya duduk dihadapan dewan menyebutkan kes dan pihak yang terlibat.. menggunakan pembesar suara.. huhu.. sudah la badan cenonet je kan, berdiri dihadapan tu macam tak tsiqah (percaya) je orang tengok.. redah je la kan..

alhamdulillah.. pengalaman yang sangat bermakna! dan hasilnya hari ini saya demam dan batuk teruk sampai tidak datang kerja.. penangan kuat sangat.. hahaha

jumpa lagi.. biiznillah..


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...