Showing posts with label kebesaran Allah. Show all posts
Showing posts with label kebesaran Allah. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

lepaslah wahai tekanan...

                              :: Assalamu'alaikum kengkawan ::


apa khabar iman kamu semua? solat cukup tidak sehari tadi? alhamdulillah.. hebatttt!!

teruskan perbaiki solat yang lewat tadi tau untuk esok hari.. pastu baca quran lebih se muka lagi esok tau..

*huargh*

minggu yang tidak terurus.. dek esaimen yang amat-amatlah bertimbun dan berlambak.. kelas yang amat memaksa untuk dipenuhi kerusi-kerusinya... ya Allah, Engkau sahaja yang mampu beriku kekuatan dan keikhlasan....

siang tadi, aku dan sahabat ber'rehlah' atau melayunya ber'picnic' di pantai tok jembal.. wah!!! seronok sangat.. release rasanya tekanan bila nampak muka akhawat yang kiut-miut semua... senyuman mereka buat aku rasa lapang sekali..

*senyum*

kami makan bersama bersama pot luck memasing.. fuh! memang akhawat pandai masak.. hehe.. dah lepas ni kalau mak mentua tengok.. ada yang bawa nasi lemak ayu, agar-agar sopan, air teh kurus, kek pisang beli, kekacang bungkus.. apa-apa pun syukran akhawat..!

then, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.. kena create puisi bertemakan alam.. wah.. dah lama tak main puisi-puisi ni... eksaited teramat! kami pun memilih untuk bertenggek ayu di atas batu besar di bibir pantai sana.. mulakan mengarang...

hem, sayangnya.. puisi nya di mana ntah.. kalau tidak bole korang baca kan..?

pembantang pendeklamasian puisi amat best diiringi lagu instrumental.. uhu.. then....

teka-teki tokoh... hah, kan dah kantoi tak baca sirah.. kena bantai ni kang..

ok..lepas ni nak tingkatkan pembacaan sirah yang sudah hampir berkarat dan berhabuk...

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::

Tuesday, 23 October 2012

ada sungai dalam laut!!subhanallah..

                   ~Assalamu'alaikum..sahabat yang baik hati semua..~

nak bagitahu nie...ada satu video yang sangat menakjubkan..jika anda tengok..

jom tengok kebesaran Allah swt  memang telah termaktub di dalam Al-Quran..*surah al-furqan: ayat 53*.. terjemahannya...


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” 

jom tengok video menarik itu.. 




Allahu Akbar!!! takjub sungguh kita melihat keagungan Allah swt..tiada yang mampu menandingi..dan dustakan..

ikuti kisah penyelam yang menjumpai kehebatan ini..

di sini..

mereka pelik...!!!~~~ 


sekian..moga ada manfaatnya buat sahabat..

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...