Saturday 20 April 2013

lepaslah wahai tekanan...

                              :: Assalamu'alaikum kengkawan ::


apa khabar iman kamu semua? solat cukup tidak sehari tadi? alhamdulillah.. hebatttt!!

teruskan perbaiki solat yang lewat tadi tau untuk esok hari.. pastu baca quran lebih se muka lagi esok tau..

*huargh*

minggu yang tidak terurus.. dek esaimen yang amat-amatlah bertimbun dan berlambak.. kelas yang amat memaksa untuk dipenuhi kerusi-kerusinya... ya Allah, Engkau sahaja yang mampu beriku kekuatan dan keikhlasan....

siang tadi, aku dan sahabat ber'rehlah' atau melayunya ber'picnic' di pantai tok jembal.. wah!!! seronok sangat.. release rasanya tekanan bila nampak muka akhawat yang kiut-miut semua... senyuman mereka buat aku rasa lapang sekali..

*senyum*

kami makan bersama bersama pot luck memasing.. fuh! memang akhawat pandai masak.. hehe.. dah lepas ni kalau mak mentua tengok.. ada yang bawa nasi lemak ayu, agar-agar sopan, air teh kurus, kek pisang beli, kekacang bungkus.. apa-apa pun syukran akhawat..!

then, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.. kena create puisi bertemakan alam.. wah.. dah lama tak main puisi-puisi ni... eksaited teramat! kami pun memilih untuk bertenggek ayu di atas batu besar di bibir pantai sana.. mulakan mengarang...

hem, sayangnya.. puisi nya di mana ntah.. kalau tidak bole korang baca kan..?

pembantang pendeklamasian puisi amat best diiringi lagu instrumental.. uhu.. then....

teka-teki tokoh... hah, kan dah kantoi tak baca sirah.. kena bantai ni kang..

ok..lepas ni nak tingkatkan pembacaan sirah yang sudah hampir berkarat dan berhabuk...

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::

3 comments:

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...