Tuesday 8 June 2021

Reviu: Drama Bersiri Turki; Payitaht

 Merhaba!

Alhamdulillah semalam dapat habiskan siri Payitaht yang sangat panjang. Fana mula tonton sejak tahun 2019 hingga 2021 ini. Berjaya habiskan 5 musim yang mempunyai 154 episod. Macam biasalah episod terakhir semalam berendam air mata dari awal hingga akhir episod. 

Antara watak utama dari awal episod hingga akhir

Rasanya ini satu-satunya drama sejarah yang Fana pernah habiskan. Untuk korbankan diri kita tonton drama santai keluarga berepisod panjang tiada masalah rasanya, tapi untuk drama sejarah yang penuh fakta dan kronologi penting, memerlukan ketelitian, daya ingatan, kesabaran dan ketabahan gais hehe.


Sepatutnya kalau ikut urutan sejarah yang betul, Fana patut tengok siri Ertugrul dan Kurulus Osman dahulu. Tapi disebabkan dah mulakan siri kegemilangan, makanya Fana teruskan sahaja. 

Drama ni juga buat Fana suka dengan bahasa Turki, budaya, negara dan kehidupan mereka. Walaupun gaya pemakaian wanita mereka di sana agak liberal, tapi kehidupan mereka yang penuh dengan doa dan pujian tu Fana suka. Suka berpuitis ketika bercakap. Wanita mereka cantikkk belakaa!

Apa yang Fana belajar daripada siri Payitaht?

Fana belajar tentang kebergantungan tinggi kepada Allah SWT dalam drama ni. Betapa seorang Sultan yang memerintah kekuasaan wilayah dunia, sangat berserah kepadaNya. Ada masalah negara sahaja mesti nasihat para menteri untuk berserah dan cuba cari jalan keluar. Wanita harem pun kalau ada masalah mesti sebut serah kat Allah dan Allah akan bantu kita. 

Fana belajar tentang persahabatan lillahi taala melalui hubungan Sultan Abdul Hamid dengan Tahsin Pasha. Ada beberapa babak sedih antara mereka ni. Walaupun secara zahir, mereka nampak ibarat Sultan dan menteri kanan, tapi secara batinnya mereka sahabat karib. Dan memang semua maklum sultan lebih banyak luang masa dengan Tahsin Pasha daripada isteri baginda sendiri. Babak Tahsin kena culik dan diseksa, pulang masuk bilik sultan menangis dan berpelukan sangatlah tak boleh tahan air mata. 

Sosok Tahsin Pasha yang suka senyum dan lembut hati


Dan sejarah sebenar sultan sebenar hasil dokumentari yang Tahsin Pasha sendiri tulis atas arahan baginda. Selepas sultan dijatuhkan dan dibuang negeri, sejarah memadam semua kegemilangan, usaha dan perkhidmatan baginda. Sejarah yang Tahsin Pasha tulislah yang membongkar kembali kisah sebenar 33 tahun pemerintahan Sultan Abdul Hamid ii. 

Fana belajar juga tentang cinta tanah air dalam drama ini. Rakyat sentiasa bercerita tentang pertahankan negara dan laungan doa untuk sultan. Persekitaran yang sangat islami dan semangat watan. Betapa sosok pejuang yang sukakan syahid, darah dan kebenaran melata dalam Istanbul. 

Sogutlu Osman, anak muda yang disuruh balik kampung semula oleh sultan menjerit dengan semangat yang mak dia takkan mengaku dia anak kalau dia tak berkhidmat untuk tanah air. Punyalah semangat nak berkhidmat dan syahid. Akhirnya memang Sogutlu Osman syahid di jalan mempertahankan negara. 

Sogutlu Osman; dari kurus kat episod 1 jadi matang dalam episod 5


Watak hero berani yang digeruni seperti Khalid Khalid bey, Commander Esref Aziz bey dan Fehim Pasha sangat memberi kesan. 

Esref Aziz bey; singa padang pasir. 


Oh satu lagi Fana baru tahu rupanya kekuatan lelaki Turki ni memang handal. Lempangan mereka sangat terkenal kerana boleh membunuh. Kebanyakan mereka berbedan ideal dan kurus. Tapi tenaga dan semangat tinggi sebab negara dan iman. 

Halid Halid bey


Fehim pasha


Sebenarnya banyak lagi kisah menarik, quote best, doa yang indah dan watak yang membekas. Nanti uolls tengoklah ya. Dalam korea-korea tu, allocate juga masa untuk cerita sejarah Islam kita. Boleh tonton di sini DRAMA TURKI PAYITAHT

Disebabkan drama ni juga Fana daftarkan diri dalam kelas bahasa Turki. hehe percuma saja dengan Yunus Emre Institute. Dah masuk kelas kedua dah setakat minggu lepas. Tu yang boleh tulis merhaba kat awal ayat tu haha. 

Next kena tonton siri Ertugrul, Kurulus Osman pula. Tapi kena habiskan dulu siri Yunus Emre. Entah tahun bila pula dapat khatam ni hehe. Payitaht saja 2 tahun baru habis. Fighting!




No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...