Friday 17 November 2017

DAIE MUKA KUSAM

Assalamualaikum semua. Pagi ini tetiba terlintas beberapa persoalan. Adakah penting first impression orang ramai terhadap seseorang daie. Kalau kita sebut daie, awak jangan ingat ustazah yang di televisyen itu saja ya. Awak jangan ingat peserta rancangan Daie Millenia itu saja ya. 

Sebenarnya kita semua adalah DAIE. Penyeru kebenaran. Penyeru kebaikan. Semua orang suka benda yang baik kan. Semua orang suka ajak orang lain buat benda yang baik. 


Pentingkah sebenarnya muka atau zahir seorang daie itu?

Bila saya ingat semula. Macam-macam muka yang saya sudah jumpa. Ada yang bersih tanpa cela. Ada yang punya jerawat manja di pipi. Ada yang berlubang dek kesan jerawat. Ada juga yang mekab tebal seinci macam hendak pergi makan malam syarikat. Ada yang ternak whitehead dan blackhead macam saya. Hahaha.

Yup!

Memang penting bagaimana keadaan muka kita. Cantik atau tidak, bukan isu sebenar. Sebab cantik itu sendiri adalah subjektif. Berbeza definisi antara individu. Cuma yang nak ditekankan ialah bagaimana kita perkemaskan wajah kita. Sama ada ketika di rumah mahupun di luar rumah.

Ini bukan saranan suruh pakai make up ya. Ini saranan supaya jaga penampilan diri dan kesegaran muka. 

Cuba kita bayang ustazah Hafizah Musa pendakwah wanita terkenal itu biarkan muka beliau berminyak semasa dalam program?

Apa pandangan para hadirin? Bagaimana penerimaan mereka? 

Jika diawal sudah ada sesuatu yang tak syok, agak sukar penerimaan mereka terhadap apa yang kita bicarakan. Serius saya tak tipu. Senang saja masuk dan menyerap gitu.


Bagaimana penerimaan adik mad'u (orang yang kita seru buat baik) terima kita sewaktu kita ajak dia pergi program bila muka kita berkilau-kilau atau kering tak bermaya?

Sebab itu penting kita guna skincare yang elok. Lagi elok bila ia bebas bahan kimia. Bukan nak cepat putih punya produk. Mudah dan tak renyah. 

Allah swt beri pinjam muka kepada kita untuk kita jaga. Pelihara elok-elok. Gunakan muka kita untuk tarik orang kepada Islam.

Kalau muka okay, nak bercakap depan orang pun tak malu dan berkeyakinan saja. Ditambah ilmu di dada yang banyak. Lagilah berani menyuarakan pendapat kan. 

Mulut untuk berbicara ada di muka. Bibir untuk senyum pun ada di muka. Memang tahap wajib dah untuk kita jaga muka kita. Kita kena usaha sikit lah untuk jaga ciptaan Allah swt ini.

Kita sendiri pun suka tengok orang kemas dan cantik penampilan. Tak perlu melebih pun. Janji kemas dan sejuk mata memandang. Kita akan cepat mesra dengan orang yang bersih, kemas dan suka senyum kan. 

Ada orang memang muka semula jadi dah putih, cantik, tenang saja tengok. Ada golongan yang macam saya ni. Kena usaha sikit untuk elak dari kusam, masam dan berminyak. 

Ikhtiar.

So far, saya pakai Mary Jardin untuk kurangkan minyak muka. Sejak jadi penulis, memang lagi lah kena jaga muka. Apa yang power pasal MJ ini, muka kalau bangun tidur pun kurang sembab dan minyak. Rasa nyaman dan segar gitu. Senyum terus kat cermin, ucap alhamdulillah. 

Jika ada yang nak cuba pakai set jimat Mary Jardin, boleh roger Fana ya. Wassap saja nombor 0132726248. Masih ada yang di bawah 100 hengget! Kata jimat kan. Boleh pakai 2 hingga 3 bulan tau.





Dalam set jimat ada 2 item. Sabun susu kambing dan face oil. RM 75 saja. Jimat 25 hengget. Sabun sepatutnya 40 hengget. Face oil sepatutnya 60 hengget. 100 hengget sepatutnya awak. 

Simple saja. Cuci muka dan tepek face oil. Tak perlu krim siang atau malam. Siapa muka pori besar macam saya, tak bagus sebenarnya pakai krim. Habis tersumbat lubang. Pastu mula lah segala 'head' keluar. 

Harga booking sempena MJ Natural Beauty Fest 2017 hanya RM 75 SAHAJA. 




Jimat berganda kan? Memang berbaloi bagi yang kurang bajet. 

Promo ini hingga 23hb saja tau. Ada 5 hari saja. Stok kat web pun makin susut. Kena cepat place order lah. Satu lagi kan, baik awak booking cepat, sebab kan takut kalau last minit web MJ hang dan order awak nak harga promo, tak lepas masuk. Menyesal lah nantiii. 

Pandangan yang pertama akan buat kita jatuh cinta selamanya. Hingga Sorga! Ingat tuuu. 

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...