Saturday 25 November 2017

NIFAS MELEBIHI 60 HARI

Assalamualaikum semua. Semalam ada seorang sahabat itu bertanya tentang statusnya sekarang. Seluar dalamnya seakan ada bau darah, tetapi tompokan darah tiada. Hari ini sudah masuk hari ke-70 dia berpantang. Maknanya terlebih hari lah kan. Macam mana tu?

Sebenarnya Fana sudah lama tidak baca semula tentang darah wanita ini. Tersibuk dengan bisnes Mary Jardin dan uruskan pembelian buku Fana (BK dan CBSB). Hihihi.

Kalau awak mahu tahu, tajuk NIFAS adalah tajuk yang paling Fana takuti. Sudahlah tidak berpengalaman, masa di U hari itu pun tidak belajar nifas secara mendalam. Surface gitu-gitu sahaja. Memang seram kalau orang tanya.

Berbalik kepada soalan sahabat tadi, keadaannya sudah suci atau belum? Darah tidak kelihatan pada seluar dalam, tapi bau ada pula. Jadi keliru dia. 

Perkara pertama yang Fana suruh dia buat ialah ambil kapas dan colek di lubang farajnya. Lihat ada kesan darah atau tidak. 

Perkara kedua pula ialah Fana beritahu yang dia terlebih maksimum 60 hari nifas. Darah nifas ini paling minimum ialah sedetik (sesaat) dan paling maksimum ialah 60 hari. Jika terlebih akan jadi ISTIHADAH. Kiranya dalam sepanjang darah keluar itu ada DARAH NIFAS dan DARAH ISTIHADAH. Tapi ada syarat juga cara nak tentukan. Akan diterangkan kemudian, insya-Allah.

Jadi apa status darah yang keluar hari ke-61 hingga hari ke-69? Hari ke-70 (hari dia bertanya) tak termasuk, sebab sudah bersih seperti yang diperkatakan.

Ada beberapa rukun (rukun pun boleh) yang perlu ditanyakan sebelum nak letak status sama ada nifas atau istihadah. 


  1. Paling penting soalan yang ini. Adakah wanita tersebut pertama kali nifas atau sudah beradat. Maksud adat itu ialah sudah lebih sekali. Kes sahabat ini PERTAMA KALI NIFAS. 
  2. Kemudian, tanya juga darah yang keluar itu satu sifat atau lebih sifat. Sifat darah ini seperti PEKAT dan disertai dengan rasa HANGAT masa keluar; ataupun cair saja; ataupun keluar laju tanpa disedari; ataupun keluar dengan rasa kebas/sakit.
  3. Selepas dah tahu dua perkara di atas, kita tanya lagi adakah dia boleh bezakan (tamyiz) darah yang keluar itu; kuat atau lemah.
Bagaimana mahu bezakan kuat atau lemah?

Ada 3 cara kita boleh tahu. Sama ada melalui WARNA DARAH atau SIFAT DARAH (seperti yang diterangkan di atas) atau BAU DARAH.

Tentang ini insya Allah, saya akan buat entry yang lain ya. Tak muat pula nanti nak tulis di sini. :) Kalau muat pun, takut awak tidur pula sebab panjang sangat. Hihihi.

Kes sahabat semalam itu. Dia pertama kali keluar nifas (sebab anak sulung) dan boleh bezakan warna darah. Ada darah merah dan coklat. Merah lagi kuat daripada coklat tau. Kiranya ini termasuk dalam golongan istihadah yang pertama.


Pertama kali dan boleh tamyiz (beza)

Susunannya jadi begini.

MERAH - COKLAT

Ikut katanya, warna merah memang keluar dalam lingkungan 60 hari (tak lebih) iaitu hari pertama hingga hari ke 39, tapi darah coklat keluar daripada lingkungan 60 hari juga dan berterusan hingga hari ke-65. Darah coklat keluar mula hari ke-40 hingga 65. 

Kita simpulkan begini kesnya.

Merah= 39 hari
Coklat= 25 hari
Kosong= 3 hari
Jumlah= 69 hari

Di sini yang dikira NIFAS ialah darah merah iaitu 39 hari pertama. Dan coklat itu dikira ISTIHADAH. Kita ambil darah yang paling kuat antara dua warna.

Tapi jika coklat berhenti pada hari ke59 atau 60, kedua darah merah dan coklat dikira sebagai NIFAS. Sebab tak lebih 60 hari.

Maknanya, dia perlu ganti solatnya semula sepanjang istihadah itu. Agak sedikit mencabar dan mujahadahlah. :) Tak mengapa. Bukti tanda syukur dapat baby, kita tunduk sebanyak mungkin pada-Nya.  

Isu yang penting di sini ialah LEBIH 60 HARI ATAU TIDAK.
Kalau tak lebih, kedua-dua warna merah dan coklat itu dikira NIFAS. Jika lebih 60 hari, pilih darah yang kuat. Tapi dengan syarat darah pertama (kuat) itu tak lebih 60 hari. 


Kes lain:

70 hari darah merah. Ini bagaimana pula? Insya-Allah next entry ya. 



Faham ke awak semua? Jangan baca kalut-kalut tau, nanti tak faham. Baca satu persatu dan catat mana yang perlu. Isi entry ini saya ambil berpandukan kitab Tuhfatul Aizzak karangan ustaz Mansoor Ismail, pakar darah wanita Malaysia gitu. 



Jika ada yang silap, mohon diperbetulkan dan saya dahulu maaf jika ada info yang tersilap. Terima kasih sudi membaca. :)




No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...