Friday 8 July 2016

MOMENTUM AMAL SYAWAL

# Assalamu'alaikum pembaca #

Dalam tak sedar sudah masuk bulan Syawal dan Ramadhan yang kita kasihi sudah berlalu. Indah saat memaksa diri untuk menyempurnakan mutabaah amal Ramadhan telah berlalu. Namun, momentum harus dijaga dan diteruskan hingga bila-bila.

Hari ini sudah 3 Syawal. Sekejap saja masa berlalu. Makan, naik kereta, turun, masuk rumah saudara, makan lagi, solat, betulkan tudung, makan lagi dan tidur. Tak sedar kita dah 3 Hari Raya. 

Kalau kita bercerita tentang Hari Raya ini, biasanya kita akan sibuk untuk aktiviti ziarah-menziarahi dan makan-makan. Waktu solat dan amal ibadah akan terganggu sedikit. Melainkan kalau keluarga sangat islamik dan alim. 

Mahu atau tidak, kita perlu bijak mencuri masa untuk membaca Al-Qur'an, al-Ma'thurat dan solat Dhuha. Kalau tak, habis begitu sahaja Syawal kita. Hangus!

Jangan terlalu ikut situasi semasa. Dalam mereka bergelak ketawa tu, larilah sekejap pergi solat Dhuha. Sementara tunggu keluarga yang lain siap, mengajilah semuka dua. Boleh saja. Kita yang menyusunnya. 

Jadinya, do the best untuk next day dalam Syawal ini. Sudah semestinya hujung minggu penuh dengan rumah terbuka dan jemputan kahwin di sana-sini. 

Pastikan momentum amal anda maintain, okay! Selamat beramal! 

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin,
Minal 'Aidil wal Faizin,
Taqabballahu minna wa minkum ya Kareem!

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...