Monday 11 July 2016

ADAB BERAYA

# Assalamu'alaikum pembaca #


Monday's blue? Mood raya dan cuti masih melekat?

Jangan risau. Kerja saja macam biasa. Balik petang nanti, makan kuih banyak lagi okay!

Hari ini saya teringin untuk berkongsi tentang adab kita menziarahi rumah orang dan adab kita menerima tetamu.

Nampak mudah saja kan. Tapi ramai yang tidak ambil pusing hal ini. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

Kalau datang beraya dalam kumpulan yang ramai, mesti yang tua dan rapat sahaja yang berbual dengan tuan rumah. Yang lain sibuk dengan gajet masing-masing. 

Macam saya, hanya nenek dan mama baba yang berbual kadang-kadang, yang lain sibuk hal memasing. Berbual sesama sendiri. Buat apa berbual sesama kita, kita jumpa hari-hari. Tuan rumah ni yang patut kita dengar perbualannya dan nasihatnya. 

Mana boleh kita layan diri saja. Kan kita berziarah untuk bertanya khabar. Setahun sekali tu. Manfaatkanlah masa yang ada. Walaupun kita masih muda, cuba untuk masuk dalam perbincangan. Jangan buat halaqah mengumpat sendiri di belakang kerusi.

Ibu bapa yang prihatin mesti melarang keras anak mereka untuk bermain gajet. Jegilkan mata atau apa kalau nampak mereka mula leka dan tidak menikmati suasana beraya.

Buat tuan rumah juga, belajarlah untuk meraikan tetamu. Di rumah saya yang kecil itu, amatlah pelik jika ketika tetamu datang, saya duduk dalam bilik. Sangat pelik. Saya kira ini kelebihan rumah yang kecil. Anak-anak tak boleh lari kalau tetamu datang. Wajib duduk bersama, buatlah apa yang patut. Senyum ke, ikut perbualan ke. 

Kalau rumah yang besar, selalunya saya lihat hanya ibu bapa saja yang melayan tetamu. Anak-anak entah ke mana. Salam pun tidak. Apatah lagi duduk berbual. Rugi yang amat.

Tuan rumah perlu bijak menyusun kata dan memulakan perbualan. Bukan apa, kadang-kadang datang rumah kawan Baba yang kami tak kenal, ditambah rumah yang agak mewah daripada kami, bikin canggung ala canggung. 

Sunyi senyap. Tak tahu nak tanya apa. 

Mak cik tuan rumah patutnya tanyalah kerja apa ke, saya belajar di mana ke (hehehe). Jadi senyap, dan sudahnya "Jemputlah makan tu kuihnya." Dan dia berlalu ke dapur meninggalkan kami. Baba dan kawannya berbual di luar beranda. 

Kami pun makan dengan sadisnya menahan rasa nak balik awal. 

Selamat hari raya saya ucapkan buat semua pembaca!

Amalkan adab yang sopan sepanjang beraya ya. Setahun sekali saja. Buang gajet semua. Mana tahu tahun depan tak dapat bersua muka. Kecewa menyesal tak guna. 

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...