Tuesday, 19 January 2016

MAJLIS PERKAHWINAN PERLUKAN SOP!

11:45 Posted by Ukhti Mawar No comments
 # Assalamu'alaikum pembaca #

"Ma, kerja kahwin pun kita rasa kena ada SOP la. Takdelah kelam- kabut macam ni!"

Ini antara keluhan dan cadangan yang terkeluar daripada mulutku. Kami ditugaskan untuk menyiapkan lauk pengantin. Nampak macam simple, tapi hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Dengan barang masak tidak cukup. Tempat masak tidak dikemas dan disediakan peralatan. Motor buruk pun ada di tepi gas dan tungku. Bahan sejuk beku yang masih beku dan sepatutnya pada pagi kejadian sudah direbus agar mudah untuk dimasak dan lebih empuk. Masih keras dan beku. 

Allahu Rabbi!

Macam-macam perkara yang tidak selesai lagi. Sudah jam lebih kurang 9 pagi tu. Pengantin datang jam 12 lebih. Memang menuntut kesabaran dan keikhlasan. 

Ada yang sudah mengumpat dan mengeluh bagai. Biasalah orang kampung kalau duduk dalam kelompok, 'makan daging'lah. 

Antara umpatan yang aku dengar; kesian mak pengantin, semua dia yang buat dan nak fikir; anak-anak bujang semua tak guna, tak boleh harap; suami buat kerja kena berteman. Haish... minta maaflah. Bukan sengaja hendak dengar atau pasang telinga. Sudah aku duduk di situ potong hiasan lauk, terpaksalah terdengar sama. 

Sedang-sedang wrap lauk biar lalat tak hinggap, terdengar bunyi kompang. Pengantin dah sampai? Siapa nak hantar ke meja sana nun tu. Semua kat situ mak orang.

"Taknak la aku pergi. Segan dah tua."

Nampaknya akulah yang belum tua dan anak dara lagi. Dengan ikhlas tak ikhlas pun aku melangkah dan encari sosok tubuh sepupuku untuk aku arahkan mereka. 

Suasana kelam-kabut di meja pengantin usah diperkatakan lagi. Hanya tersenyum kambing aku di situ. Duk siapkan dua meja bulat buat keluarga sebelah lelaki, rupanya ramai yang datang dan perlukan empat meja lagi. 

Hah, mahu tak kalut engko nak cari mangkuk cawan bagai. 

Akhirnya... alhamdulillah segalanya selesai dan kami balik dengan tenang bersama berkat. 

Terbukti bukan, majlis perkahwinan pun perlukan SOP dan meeting sebelum hari kejadian. Jangan main semberono dan ambil ringan. Biar semuanya smooth dan riang gembira tanpa umpatan. 

 


0 comments:

Post a Comment