Friday, 15 January 2016

PERJALANAN BASIKAL KARAT #1

03:15 Posted by Ukhti Mawar No comments
# Assalamu'alaikum pembaca #

Alhamdulillah!!!
Kita sudah melangkah ke tahun yang baharu, tahun 2016. Apa cerita azam tahun 2015? Sudah terlaksana penuh? Alah, biasa la tu. Mesti ada yang terkandas, bukan? Apa lagi, macam biasa kita cuba untuk carry on tahun ini insya-Allah. Kuikuikui... (Ajaran songsang lagi menyesatkan si penulis). 

Aku sangat bersyukur kerana Allah swt memberiku satu peluang lagi untuk menghembuskan nafas dan menariknya kembali untuk kelangsungan hidup. Aku bersyukur juga Allah swt memberikanku kesempatan untuk berbakti pada ibubapa dan ummah lagi sekali. Kutersangat bersyukur kerana dapat menghabiskan peperiksaan akhir dengan tenang walaupun aku tak pasti betulkah jawapanku itu, aku dapat pergi usrah lagi, aku dapat membebel pada anak halaqah lagi dan bla bla bla. 

Maha Suci Allah swt yang sangat pemberi nikmat!

Kini masanya aku perlu beraksi dengan lebih agresif dan proaktif lagi!!!

Alhamdulillah salah satu daripada azam tahun 2015ku tercapai dengan jayanya. Iaitu ? Cuba engkorang teka. Yup! Mestilah berjayanya manuskrip Basikal Karat diterima untuk diterbitkan. Thank you Karya Bestari! Rezeki Allah swt tu. 

Orang lain dapat nikmat bertemu jodoh awal. Allah swt yang Maha Kaya itu bagiku nikmat dapat menggapai impian awal sedikit. Jodoh masih surprise!! Seri apa? Nikmat dalam bentuk berbeza. Engkorang dapat belahan jiwa, ambe dapat belahan buku. Haip! Wajib syukur tu, nanti kufur nikmat pula. 

Engkorang tahu, awal-awal tahun lagi Allah swt sudah uji keberanian dan ketabahanku. Betulkah aku ini bersungguh hendak menulis? Betulkah aku ini sentiasa tinggi semangatnya hendak sebarkan karya buat ummah? 

Suatu hari tu, masuk mesej daripada encik editorku, "Farhana boleh datang Khamis hadapan tak? Untuk rakaman dengan Salamfm." 

Herm... Salamfm tu radio, bukan? 

Ke aku yang silap baca. Okay! Repeat again.
"Farhana boleh datang Khamis hadapan tak? Untuk rakaman dengan Salamfm."
Yup! Ini bukan main-main. Dengan tenang walaupun tak tahu lagi arah tuju (sebab final exam belum habis), "Insya-Allah, cik Syamel!" Selamba sahaja jari-jemari menari. Ewah!

Yakin benor engko Farhana. Erk, buat-buat yakin je la! 

Sekejap! Belum habis lagi. 

"Alang-alang farhana nak datang sini tu, kita photoshoot sekali la ye?"

Photoshoot??? 

Dan sekali lagi, Farhana yang polos ini, "Insya-Allah, cik Syamel."

Ohh..

Dua perkara yang si Farhana aka Ukhti Mawar ni tak pernah lakukan sepanjang hidupnya; shooting dan recording untuk radio. Dia dengan yakin memberikan keizinan kakinya untuk ke sana. Dan dia juga lupa yang semua kawan-kawannya sudah bekerja dan sibuk di sini-sana. Dan dia juga lupa yang dia tidak pernah untuk pergi ke negeri yang penuh kesesakan itu seorang diri tanpa berteman. Shah Alam dan Kuala Lumpur yang agak asing baginya. 

Ya, Dia sudah lupa! Termenunglah dia.

Mahu tahu kisah selanjutnya?

Ikuti perjalanan empunya Basikal Karat dalam siri perjalanan Basikal Karat yang akan datang. Jangan lupa ya!

#sampaijadidaie

 
 

0 comments:

Post a Comment