Friday 2 January 2015

KEDEKUT DENGAN DAKWAH?

Assalamu'alaikum engkorang

eksaited!

dah kenapa kan engko ni.. huhu

mestilah.. esok nak pergi kemaman.. kita join misi banjir under ISMA KT dengan kerjasama PEMBINA dan iMEDIK..

mane tak eksaitednya.. untuk kali kedua kita join tau.. 

siang tadi menghabiskan separuh hari di klinik famili. kita dengan beberapa akhawat yang lain tolong dr packing barang yang akan disumbangkan ke tempat yang terlibat. sama ada di kemaman atau kelantan tu kita tak pasti pula.. sami'na wa ato'na kan..

tapi yang pasti kenangan yang indah bersama mereka siang tadi. buat kerja yang merumitkan tu dengan ceria. hehe.. mana taknya.. ada dua kanak-kanak comel tu yang karaoke lagu fetya tanpa jemu.. kak bah dan dik sya memang comel. walaupun dik sya sangat aktif, takpe.. satu pebelajaran buat auntie untuk bersabar. yeah!


 persediaan untuk beranak pinak nanti...
*packing*

kami kelaskan sumbangan yang diterima daripada pelbagai pihak kepada pelbagai kategori.. ingat anugerah juara lagu saja ada kategori ke.. kami pun suka kategori2 kan ni.. kategorinya adalah.. jeng jeng.. huh!

 baju kurung wanita dewasa, remaja perempuan, kanak-kanak lelaki.. itu pun kelaskan lagi mengikut usia pemakai.. anggarkan aja. agak nampak besar sikit, 9 tahun ke atas le.. maklum le, selalu dok prihatin dengan saiz baju sendiri je kan..

terima kasih bebanyak buat penyumbang. yang sudi menderma pakaian dan barang keperluan yang lain. kami menerima banyak pakaian wanita (sangat banyak tau.. orang perempuan ni memang banyak baju kan..), lagi hermm.. baju kemeja lelaki dewasa yang memahal pun ada tau.. ubat gigi, berusnya sekali, tuala wanita dan pampers baby. prihatin sungguh muslimin sekarang ni. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Jazakumulllahu kher.. :)

malam ni, iron tshirt I AM PEMBINA dan seluat track hitam.. tudung apa eh.. kena pakai tdung bulat warna gelap ni sebab senang buat kerja nanti.. ok! doakan kita dan sahabat lain untuk esok ye.. doakan dipermudahkan urusan perjalanan, pembersihan dan saudara kita di kemaman hepi dengan kedatangan kami.. 

oh, lupa nak cakap.. huhu.. kita ni memang selalu tulis tajuk lain, cerita dalam lain.. haish.. yang pasal tajuk entry ni.. ce baca sekali lagi..

ya.. kita ni jangan kedekut dengan dakwah.. jangan berkira sangat.. walaupun kita sedang study week ke dan nak belajar bagai.. pulun habis.. takpe, kalau kita diperlukan untuk dakwah.. on je... insha Allah, Allah kan ada.. Dia Maha Pembantu.. haip!

sayang untuk Kyra Hamizah, Siti Norsidah and Syera Meen yang sanggup berkorban untuk tadi..walaupun banyak lagi tak cover kan paper seterusnya..  muahh lebih la..  

Syafakillah buat  Sharifah Sahajee demam tetiba lepas meeting.. hehe.. nampak tak berat tak berat dakwah ni.. robbuna yusahil..

buat yang paling sweet, our PSM Hidayah Aziz dan our camerawomen   Najihah Munzafar
  
thanks berkorban tinggalkan saf terchenta tu..

Solehah Ibrahim  yang gojes, thanks teacher.. hikhik.. eh, Fikrah Saleha yang dah habis paper tu.. bergonjeng dengan misi ini.. hoyeah..

jumpa lagi..




No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...