Wednesday 3 April 2013

dari KT ke KT for KD *part 2*

     :: Assalamu'alaikum sahabat semua ::



bertemu lagi... holla... moga kamu semua sihat dan ceria hari ini ye.. jika ada yang tidak berapa sihat tu, bersyukurlah kalian kerana kalian diberi kerehatan... moga ia juga penghakisan dosa kalian juga.. ameen..





jom!! kita teruskan dengan journey kita pada hari kelmarin.. pagi jumaat kami penuhi masa kami dengan menghadamkan ARUS BARU yang bakal kami ketengahkan pada sebelah petangnya.. flyers dibaca dan dimakan lumat-lumat.. kami susun dan staple bersama.. sweet!!

selepas solat jumaat kami bertolak ke markas BERJASA di *rahsia la*.. tak sure la tempat kat kl tu.. sungguh asing bagiku... dengan jalan yang sesak dan bangunan tinggi belaka. [ayat bagaikan orang kampung masuk bandau].. 



tengah hari tu, kami makan di kedai m**** di bahagian bawah markas... bukan men lagi akhawat order ABD spesel.. huih.. patutnya pergi KD kena zuhud.. kata ukhti syerasan... heheh.. eksaited la akhawat tengok ABC tinggi menjulang dengan eskrim kat atas dia...

tapi kami punya takdok biskut rokok...



tiba-tiba ada seorang ukhti yang manis separuh berbisik padaku, " eh, dorang ni tak pergi solat jumaat ke?".. hah.. baru kuteringat yang hari ni hari jumaat.. hem, tapi makanan dah sampai pun.. *berlalu masa dengan kepala digaru*



kira-kira jam 3 petang, kami diberi sedikit taklimat akan flow KD petang itu... berdebar sungguh jantungku!! gementar dan eksaited.. bercampur baur... memang hebat!!! perancangan yang bersistematik... Islam akan menang jika kita bersistem..walaupun dalam kuantiti panglima yang sedikit...yeah!!


seterusnya, kami bertolak ke tempat kejadian.. *rahsia lagi*


kafilah dakwah petang itu, berjalan dengan semangat.. nampak jantung akhawat berdegup kencang.. *hiperbola semata* 

sedikit gambaran situasi....

ada yang tak nak buka pintu walaupun macam dah ada kepala jengah dekat tingkap.. ada yang bila ditanya, "mak ada tak adik?".. adik menjawab, " ada kak".. jap eh... tup tup.. adik keluar dengan muka selamba, " mak takde."

pengalaman yang sangat manis.. aku yang sebenarnya penakut orangnya menjadi berani... woah..!

bab paling tak tahan adalah, kami berdua (dengan kak marha) asyik kena gelak sakan dengan sekumpulan mak cik ni.. sindiran mereka.. ikhlas dengan senyum kambing saja kami berikan..:)... "dik, akak tak kisah undi orang islam ke, orang bukan islam ke.. janji bawa KEUNTUNGAN...!!"... wah, pemikiran dahsyat masyarakat kita.. ini REALITI, bukan COBAAN....

betul ke dakpe undi orang bukan islam ni?????

persoalan yang selalu kita dengar.. dan mungkin mulut kita sendiri yang ungkapkannya.....

*termenung sambil terlekat bulu mata*

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::




1 comment:

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...