Monday 8 April 2013

perdana menteri kita bukan melayu!!

               * Assalamu'alaikum kawan-kawan tersayang *

meh baca rangkap ni sekejap;

" Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seseorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu jadi PM termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini."

hah, siapa pernah terbaca ke, tertengok ke, terdengar ke bait yang satu ini.... sila angkat kelopak mata sebelah kiri.. hahaha.. kenmain dia cuba tuh..

*pejap mata kuat-kuat*

bait ini telah diungkapkan oleh si licik Karpal Singh yang tersangat femes di negara kita ni ha.. dia juga merupakan Pengerusi DAP.. kenyataan dibuat ketika dihubungi oleh wartawan mingguan malaysia pada 23 mei 2012 yang lepas..

agak-agak la kan..terjawab tak soalanku pada entry sebelum ini.. hah? soalan yang mana satu???? cuba check semula... soalan yang berbunyi begini.. 

"bolehkah kita undi bukan Islam sebagai pemimpin?"

*telan ayaq liuq*

kengkawan yang comey belaka, 

cuba bayangkan jika negara kita yang majoritinya dihuni oleh orang melayu dan agama Islam sebagai agama negara... akan dipimpin oleh orang bukan Islam..*terbeliak mata kanan*

kenyataan ini bukanlah ayat provok atau menunjukkan kebencianku pada  agama yang lain.. akan tetapi kita semua mesti akui bahawa negara kita dipenuhi oleh orang melayu yang juga beragama Islam.. agama selain Islam masih dihormati dan diiktiraf kewujudannya.. tidak dipinggirkan sama sekali.. peace!!

hak keistimewaan orang melayu dalam negara ini mesti diakui dan dipertahankan.. hak untuk menjadi pemimpin utama haruslah pada orang melayu@islam sudah semestinya.. bukan rasis atau assobiah.. tapi ini realiti hakiki..!

p/s: kalau orang islam yang pimpin mesti aman, adil, maju dan hebat punya negara kita.. jangan takut ye.. sebab islam ini adalah satu cara hidup yang SEMPURNA dan UNGGUL!!! 

:: syukran sebab sudi baca entry yang ini ::

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...