Tuesday 12 February 2013

psy datang malaysia..

                     * Assalamu'alaikum semua*



apa khabar iman sahabat semua? turun naik? kering kontang? masih steady..?

sahabat semua, iman kita memang bukan macam malaaikat.. sentiasa meningkat... iman kita, iman seorang yang bernama manusia.. sentiasa turun dan naik mengikut keadaan dan persekitaran..

yang boleh terkesan dengan kedudukan iman kita, sama ada di atas mahupun di bawah adalah amalan kita.. ya, amalan kita..!

kan kita bersolat sunat mahupun berpuasa sunat kerana iman kita meningkat ketika itu.. memang saling berkait..



hamdaalillah kita kepada Allah swt, yang Maha Pengasih lagi Maha Pemberi.. dengan berkat dan rahmat-Nya lah kita masih dapat duduk depan latop ni.. masih dapat membaca mencari ilmu dengan mata kepala kita dan minda.. masih dapat bernafas tanpa bau asap rokok yang busuk tu.. ucaplah alhamdulillah..



*diam*



semalam ku dengar berita di buletin tv3 dan kulihat si psy tu jadi la buat persembahan 2 lagunya dia di pulau pinang sana.. ya Allah, selamatkan bumi malaysia yang penuh mencabar ini.. sedih rasanya anak muda terutamanya anak melayu terkinja-kinja dan menjerit mahu dinyanyikan sekali lagi lagu yang amat tidak senonoh itu..




kadang-kadang aku befikir sejenak..



bagaimana kebenaran dan kelulusan yang diberikan ke atas manusia-manusia yang membawa hedonisme ke bumi kita ini.. kita sibuk melancarkan 'perangi hiburan melampau!'.. sana-sini konsert diadakan.. mesti penuh punya.. panggil artis itu, panggil artis ini.. sungguh, anak muda sekarang disogokkan dengan hiburan yang teramat..amat..amat melampau..!!



tapi, kementerian pucuk pimpinan paling tinggi tiada kuasa mencegahnya.. bagaimana itu? [konfius lagi pening.. terus menggaru kepala hingga berdarah]

memang tidak salah untuk berhibur.. malah Rasulullah saw juga pernah membenarkan Aisyah ranha untuk melihat tarian..

ada satu hadis yang menceritakan bahawa berhibur adalah dibenarkan dalam Islam; 

Insiden ketika Rasulullah Saw datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah telah dua hari berpesta, bermain dan bergembira. Lantas Rasulullah Saw bersabda (bertanya): "Untuk apa anda gunakan selama dua hari ini?"

Mereka menjawab:"Untuk kami bermain dan bersuka ria kerana permainan ini telah diwarisi turun temurun dari zaman Jahiliah lagi"

Kemudian Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah Swt telah menggantikan untuk anda semua (dari permainan zaman jahiliah itu) dengan sesuatu yang lebih baik dari dua hari itu, yakni dua hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha" 
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i)


 

baru sahaja pagi tadi aku membuka laman sesawang berita harian, lalu kubaca berita yang mengatakan " ramai artis masuk pembangkang".. apa yang nak kuceritakan bukanlah tentang pihak kerajaan atau pembangkang itu ye!..

tapi, zed zaidi kata; bayar rm2 juta kepada sang gangnam hanya membuang duit sahaja.. boleh sahaja dengan harga yang sama pihak penganjur iaitu kerajaan.. memanggil artis tempatan seramai 10 orang.. kan ramai sahaja artis cina dalam negara kita ini.. 

ikuti cerita lanjut di sini,

* termenung sebentar*

sebenarnya aku mahu tulis tentang entry tajuk yang lain..hehehe.. tetiba boleh pulak cerita pasal ketidakpuasan hati yang membara pasal psy ini..

syukran sebab sudi baca entry kali ini..


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...