Sunday 16 December 2012

masjid gay...astaghfirullah...

Apabila nafsu menguasai diri....

Aktivis LGBT membuka masjid gay di Paris.

Umat Islam di Eropah dikejutkan dengan pengumuman pembukaan masjid mesra LGBT yang ...pertama di Eropah pada bulan November 2012 di timur Bandaraya Paris. Berita ini tentunya mengejutkan dan menguji kesabaran umat Islam yang menolak perhubungan dan amalan seks songsang sesama jenis.

Buat masa ini, masjid yang baru ditubuhkan itu menggunakan sebuah bilik kecil di dalam rumah sami Buddha turut mengalu-alukan umat Islam lelaki dan wanita, transgender dan transeksual untuk beribadah bersama-sama.

Pengasasnya adalah seorang aktivis gay Perancis berketurunan Algeria Ludovic-Mohamed Zahed yang telah berkahwin dengan pasangan gaynya daripada Afrika yang bernama Qiam ad-Din.

Mereka juga akan menggalakkan wanita untuk memimpin solat Jumaat serta memecahkan tradisi beberapa amalan Islami yang lain seperti pernikahan pasangan gay dan lesbian, pengurusan jenazah gay dan lain-lain lagi.

"Ia adalah sebuah masjid yang inklusif. Sebuah masjid di mana orang ramai boleh datang kerana mereka," kata Zahed, 35.

Ironinya, Zahed dan teman seperjuangannya telah bersedia untuk berhadapan dengan para pemimpin agama dan juga kementerian undang-undang kerajaan Perancis.

Kepada masyarakat di Malaysia, anda tidak boleh duduk selesa kerana aktivis LGBT yang kuat disokong oleh beberapa NGO tempatan dan antarabangsa seperti HRW telah pun membuat permohonan supaya pengamal LGBT tidak dianak-tirikan dan diberikan kebebasan di Malaysia termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis di kalangan mereka.

Firman Allah yang bermaksud,

Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).”

(Surah an-Naml: 54-55)

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang zalim. ”

(Surah Hud: 82-83)

Kepada aktivis LGBT dan pengamal seks songsang:

Kasihan...., Semoga kalian semua diberikan petunjuk oleh Allah swt dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.

~petikan diambil daripada dr zainurrashid
 





No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...