Showing posts with label couple. Show all posts
Showing posts with label couple. Show all posts

Thursday, 29 August 2013

kawen..kawen..kawen..

                                     :: Assalamu'alaikum korang ::

sudah 2 bulan menetap dan bermastautin di rumah sempena cuti semester ni kan, hidupku bergelumang dengan word 'kahwin'... takpun kawan dia si  'tunang'.. ya, memang sahabat setia dua mende tu..


*kejap mata kuat-kuat*

adakah memang tahun ini tahun kahwin beramai-ramai??? tidak pasti.. ataupun malas nak memastikan kepastiannya... [takde paedah]



kawan skola rendah ramai-ramai nak buat majlis hujung tahun ni, buat pulak masa dah naik semester.. jawabnya memang tak dapat pergi la kan.. rugi..tak dapat ambil berkat nasi minyak...haha

suatu malam di hari raya,

duk aku sibuk membebel dengan sahabat dunia akhirat sorang ni, sahabat yang sorang lagi membangkitkan isu.. 


bibik fara bagitahu kite semalam.. mama tanya, si fara ni takde boyfren ker???

hahaha.. mama..mama.. mungkin desakan sekeliling membuatkan soalan yang tidak aku sangka itu terpacul dari mulut mama..mama bukan orang yang cara perihal itu..baik cara pokok bunga kat luar rumah tue kan ma..

maklum la, umurku juga semakin meningkat [tapi aku rasa umur sebegini bukan masa yang sesuai untuk mendirikan masjid, better kukuhkan masjid ilmu dahulu]...

macam takde pakwe je si fara tu! laki tegur dia pakai baju cantik pun dia terus tak pakai baju tu..

hah, memang betul pung.. masa aku diploma, ada rakan lelaki sekelas puji aku pakai baju kurung tu cantik.. apalagi.. terus la dibungkus baju-baju itu.. tidak akan kupakai sama sekali..

ekstrem??? syadid????

ya, memang kita sebagai orang perempuan, gadis, janda, wanita mahupun nenek tua.. kita wajib menjaga pergaulan kita dengan orang asing aka lelaki yang boleh kita kahwini.. cara bergaul, cara berpakaian, cara bercakap, semuanya kita wajib jaga.. untuk mengelakkan fitnah ia perlu!

 kita ni kan wanita,  seronok bila dipuji kita cantik.. [memang la masa dipuji tu kita kembang semangkuk sekejap..] tapi jangan sampai keseronokan itu menjadikan kita riak dan ujub... better elakkan something yang boleh membawa kita kepada riak berada bersama kita.. buang jauh-jauh..

berbalik kepada isu tiada kawan lelaki tadi, memang kalau ditanya siapa yang taknak kahwin kan?? orang yang kurang waras sahaja yang akan mengiakan soalan itu.. haiwan pung hidup berpasangan, ini kan pula kita yang Allah swt ciptakan berbilang bangsa, berbeza warna kulit.. tidak lain tidak bukan  untuk saling kenal-mengenal satu sama lain...

memang la nak! tapi belum sampai masanya.. aku percaya dengan aturan DIA yang maha berkuasa.. hanya Allah sahaja yang tahu bila masanya.. aku punya kerja hanya berdoa agar diberi jodoh yang terbaik dan sesuai denganku.. ameen..

so, korang yang masih bujang tu, kena la start berdoa mulai sekarang untuk mendapat jodoh yang terbaik.. dan juga usaha untuk perbaiki diri kena la diteruskan... sampai bila-bila.. 

LELAKI YANG BAIK, UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK

maka, baikkan diri anda, agar yang terbaik singgah kepada anda.. kumbang yang gagah hanya akan singgah kepada bunga yang indah, harum dan berkualiti madunya...! ceh wah..

ok korang..no kapel-kapel tau.. haram kalau kita buat perkara yang mendekati kepada zina... 

Allah tak kata JANGAN BERZINA! tapi Allah kata JANGAN MENDEKATI ZINA!!!

main mesej.. chatting facebook.. wassup..wechat.. borak dalam fon walaupun tak declare korang tu kapel.... itu adalah sangat bertepatan dengan ayat di atas.. so, fikirkanlah ye...

orang lain tak nampak apa yang korang buat.. tapi Allah sentiasa melihat korang.. jaga-jaga..

[ syukran sebab sudi baca entry kali ini ]

Thursday, 7 February 2013

hepi valentine!!

                                                             * Assalamu'alaikum*

Bulan februari amat sinonim dengan hari menanam dan menyubur kasih sayang.. memasing dok sibuk memecahkan tabung dan mengorek dompet masing-masing untuk membelikan hadiah atau kado buat sang kekasih hati.. kekasih setia hingga hujung nyawa tau kiteorang..hehehe..


Antara pilihan kado yang paling femes adalah; bunga mawar berjambak-jambak (bagi yang berduit lebih), tetapi sekuntum mawar hanya bagi yang tidak berduit (contohnya budak sekolah @ itupun duit mama n daddy kasi kan)…tidak pun coklat dalam kotak bereben.. ataupun kotak muzik ke (eh, ni fesyen zaman purbakala la)..dan pemerhatian yang terakhir adalah kad yang depannya ada gambar 2 baby yang kiut bertulis ‘ I miss U..hikhak..[gelak kuda kepang johor]


Sweet je kan.. memanglah benda kalau tidak halal always sweet and honesty.. macam inilah, aku ibaratkan cinta budak muda sekarang (yang belum halal la) macam kita curi coklat kat salah sebuah kedai kat kampong kita..(Asek2 coklat kan aku nie..hehe.. maklum la.. peminat vochelle..)..ok, sambung story pasal curi coklat tadi.. lepas dah kumpul cecoklat bebanyak dalam poket seluar, kita pun berlari sesenyap bawa balik rumah dan makan sengsorang dalam bilik.. memang best.. dah la dapat makan sorang-sorang,tak ada orang lain nak kacau kita, tak ada adik nak mintak sikit.. dapat free pula tu.. hah.. indahnya dunia ini..!siapa tak suka kan? Mesti makan sampai senget mulut punya..


Happy valentine day!! 


*pergi sinki sambil muntah darah*


Alahai.. Kalau cakap pasal cinta dan sayang ni, siapa yang tidak suka orang sayang dia.. siapa yang tidak suka orang ambil berat tentang dia.. siapa yang tidak suka orang belikan hadiah yang sudah lama dia inginkan dalam hidup ini..lagi-lagi kalau buat surprise..! mesti suka kan.. tidak terkecuali diriku.. iye la.. kan aku juga manusia..lagi-lagi seorang wanita..ek! wanita ke perempuan..yang punya emosi, punya perasaan.. aku bukan robotkob tau!


“Kau semalam mamat bagi hadiah apa?”
“Cuba kau teka?”
“Malaslah aku nak teka-teki ni.”
“Ala kau ni.. tak adventure langsung!”
“Cepatlah minah. Apa dia bagi kau.”
“Jeng..jeng..jeng.. ni ha! Comel tak?”
“Erk… dia bagi kau ni ker.. hem..comel kot!” (sambil paling muka  dan terus menjelirkan lidah beliau)
“ Mesti la comel.. (minah memegang erat buku 555 yang diberi kekasih hati)


Bagi aku, tidak salah menabur cinta.. menyemai sayang dalam perhubungan antara sang arjuna dan arjuni.. heheehe.. antara dara dan uda.. antara duda dan janda.. antara pemuda dan pemudi.. antara mahasiswa dan mahasiswi..antara ikhwah dan akhawat.. akan tetapi haruslah baik jalannya.. elok caranya.. barulah manis dapat dirasa dari hasil perhubungan tersebut..


Aku ciptakan manusia laki-laki dan perempuan agar saling kenal-mengenali…”


*nebes bebenau aku ni, buat pertama kali bicara tentang cinta*


Indahnya bagi yang halal berhubung.. syaitan pun takut dan menggigil nak goda dan bisik-bisik manja jahat.. tapi kalau kita dalam ketidakhalalan (couple bahasa modennya) mereka @ syaitan versi jemaah sangatlah aktif dan berbondong nak bisik kat hangpa berdua.. suruh mesej hari-hari la.. suruh tanya kabar hari ini macam mana la.. belajar tadi ok ke tidak la.. baju dah basuh ke belum la..


Haisy.. pelik..pelik..


Aku rasa dan aku yakin sekali sebenarnya ramai dah tahu dan masak dengan istilah, ‘couple itu haram!’, ‘bercinta lepas nikah itu indah’.. akan tetapi tidak sedikit juga yang hanya memerhati akan istilah itu dan meng’like’… tapi.. tidak disedut ke dalam kalbu nurani..






Kenapa ya? Aku tiada jawapannya.. lagi-lagi fenomena pengkapelan dalam institusi keagamaan.. macam mana ini!


Para ustaz dan ustazah yang duk tekun menghadap kita usuluddin, syariah dan tidak ketinggalan hadis dan ilmu wahyu.. masing-masing enak dibuai cinta monyet dunia yang sememangnya mereka tahu pengharamannya.. dan tidak dibenarkan syarak!!!


Aku memang tiada jawapannya.. betul.. tiada!!


Sudah tahu tapi tiada pengamalannya..para daun keladi sekalian.. koreksilah diri kalian.. sesungguhnya aku sayang kalian kerana Allah yang Maha Penyayang..


Jangan kita menyalahkan para masyarakat di luar sana jikalau mereka agak sukar untuk menerima dakwah kita.. ataupun tidak mahu mengamalkan apa yang kita ajar dan sarankan.. kerana.. kita juga tidak mengamalkan apa yang telah diajarkan kepada kita.. sama sahaja para asatizah sekalian.. astaghfirullahal azim..

Janganlah kalian turut sama mempromosikan hari yang tidak langsung ada dalam hari kebesaran Islam ini. Mungkin ramai yang sudah tahu akan sejarah hari ini… tetapi, kenapa masih mengamalkannya lagi.. [minta kalian fikirkan semula ye!]



Ya Allah kami bermohon kepada-Mu pemahaman yang Engkau anugerahkan kepada para nabi, daya hafal yang Engkau berikan kepada para Rasul. Ya Allah perkayalah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan kelapangan dada, muliakanlah kami dengan takwa, serta perindahlah kami dengan afiat, demi rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Pengasih mengatasi segala Pengasih. Ya Allah ajarkanlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami, dan anugerahi kami kemampuan memanfaatkan apa yang Engkau ajarkan, Maha Suci Engkau ya Allah, tiada ilmu yang kami raih kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Jom kita semua bersama-sama menutup dan membantutkan promosi hari membazir ini.. membazir duit apatah lagi masa dan minyak kereta dan motorsikal.. tolonglah post di fb anda akan poster-poster yang melarang dan menghalang kegiatan ini. Sebaris ayat kata-kata nasihat anda amat berguna buat seluruh rakyat Negara Islam..! wallahu ‘alam..


: syukran sebab sudi baca entry yang ini :







Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...