Friday 24 July 2015

#REVIUBUKU [MEMBONGKAR RAHSIA DUNIA MELAYU]





Assalamu'alaikum semua!
Selamat Hari Raya! Maap Zahir Batin ek! 

bukan sebarang buku tau

                            
JUDUL BUKU: MEMBONGKAR RAHSIA DUNIA MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA [MENJAWAB KEKELIRUAN SEJARAH]

 NAMA PENULIS: SRIKANDI, IBNU RUSYDI & AL-SEMANTANI

TERBITAN: HIJJAZ RECORD PUBLISHING

HARGA: RM 39.90

Aku bukanlah jenis manusia yang gemar apatah lagi minat akan sesuatu yang bernama sejarah. Subjek sejarah. Buku sejarah. Ensiklopedia sejarah. Filem sejarah. Semuanya tentang sejarah. Buku tebal lagi tidak menarik kaver bukunya! Kalau tentang sastera lain pula ceritanya bagiku. Namun seiringan usia yang semakin berkurangan ini dan pemikiran juga dalam perjalanan untuk matang masak ranum, hal itu tidak berlaku lagi. Sejarah semakin dekat dihatiku. Semakin aku sayangi. Tambahan lagi jika sejarah bangsa sendiri dan monument terkenal di seluruh dunia. Sejarah kini intim bersamaku! Ewah… ewah bule..

                Buku hebat ini sememangnya membangkit aura anak jadi Melayu dalam diriku. Aku manusia kacukan Melayu, Jawa dan Bugis sudah semestinya darah persisan kulit gelap melekat dalam sanubari dan fizikalku. Ke’kasar’an dalam pergaulan manusia yang berbangsa Jawa, gemar berkiasnya manusia bernama Melayu dan bangsa Bugis yang tidak berapa kukenali (kampungku adalah kampong Jawa). Hebat! Tiga blogger ini bijak dalam mengolah fakta-fakta sejarah yang sulit ke dalam bahasa yang mudah difahami. Tidak kusedar buku setebal 303 muka surat boleh kuhabiskan hanya dalam tempoh aku uzur syarie ketika bulan Ramadhan yang lepas. Siapa kata wanita yang uzur syar’ie tidak boleh melakukan amal ibadah. Membaca salah satu daripadanya! Menuntut ilmu kan. J gambar-gambar dan ilustrasi menarik lagi minat untuk meneruskan pengembaraan. Kertas buku yang sangat berkualiti sepadan dengan harga yang ditawarkan. 

                Buku ini mempunyai 12 bab yang menarik. Melayu dan kelompok besar Austronesia, Sejarah Melayu dalam bukti prasasti dan rekod antarabangsa, Melayu dan orang Asli, Indianisasi budaya Melayu, Pengaruh Melayu di Sri Lanka, Siapa Temagi? Kekeliruan antara Thai dengan Sri Dharmaraja, Penghijrahan di alam Melayu, Bahasa Melayu bahasa pemersatu, Hang Tuah berketurunan Cina?, Keris senjata warisan nusantara, Senjata api di alam Melayu dan bab terakhir Melayu dan Austronesia: Viking Timur Jauh. Sangat menarik bukan? Sudah semestinya sebagai anak jati Melaka bab berkenaan Hang Tuah menjadi bab pertama pilihanku untuk memanaskan minda yang karat sejarah ini.



 Aku orang yang jenis suka membaca sesuatu mulai daripada belakang dan suka hati mahu bab yang mana dahulu. Entah kenapa begini tidak dapat dikenal pasti. Sejak azali kot. Bab ini merungkai kemitosan Hang Tuah yang menjadi bualan ramai orang. Wujudkah manusia bernama Hang Tuah itu? Bagaimana dengan Hang-hang yang lain juga?  

                Walaupun secara jujurnya banyak perkataan yang sukar untuk disebut apatah lagi untuk kufahami. Ada yang baru pertama kali aku mendengarnya. Austronesia. Sri Dharmaraja. Proto-Deutro. Maguidanao. Dharmasokaraja. Dan dalam buku ini juga ada menyebutkan tentang kehebatan Srivijaya yang kita belajar sewaktu zaman sekolah dahulu. Sesungguhnya aku memang takjub dengan kehebatan orang melayu pada zaman dahulu. Mereka bijak dan berani. Belayar ke sana ke mari dan berdagang dengan masyarakat antarabangsa. 

                Jika kita sangat masyhur dengan nama Ibn Battuta sebagai pengembara Islam yang hebat, Panglima Awang atau Hitam atau Henry the Black yang berasal daripada keturunan Melayu juga tercatat dalam sejarah kehebatan ilmu pelayarannya. Namun nama Hitam ditenggelami dengan nama El Cano kerana Hitam bukan berbangsa Sepanyol! Ikuti kisah menginspirasikan Hitam dalam bab terakhir dalam buku ini.  Katanya orang Melayu mempunya psycho-navigation yang seakan six sense la. Tanpa kompas dan waze pun mereka mampu belayar. Sebab itu kita kadang-kadang mampu memandu kereta tanpa alat bantuan tapi sampai ke destinasi dengan selamat. Psycho-navigation la tu. Hehehe…

punyalah tak pandai edit gambau.. belasah je senget benget..


                Kalau mahu diceritakan tentang isi buku ini kemungkinan 4, 5 entry perlu ditulis ini. Kekeliruan yang sering mengelirukan kita seperti isu yang sering didebatkan dalam media iaitu betulkah orang Melayu ini pendatang? Atau betulkah orang Asli adalah bangsa asal negara ini? Atau betulkah kita semua ini asalnya daripada Indonesia? Semuanya akan terjawab dengan membaca buku ini. Aku mahu berikan satu klu daripada jawapan tersebut. [semua negara yang termasuk dalam dunia Nusantara ialah satu rumpun. Dahulu tiada pemisahan antara negara.  Bahasa yang dituturkan ialah bahasa yang sama. ] Dapat teka ke? 

Sememangnya aku jamin 2000% yang kalau kawan-kawan baca buku tidak akan pernah bosan dan menyesal. Daripada baca sambil berbaring, kawan-kawan boleh duduk bersila di atas kerusi tau. Buku ini akan melahirkan insane-insan yang sepertiku ini yang malas ambil tahu pasal sejarah akan insaf dan make effort untuk mencari bahan yang seterusnya. Aku juga terikut melakukan itu. Ada sehelai kertas kosong dan pen sentiasa bersamaku sepanjang aku membaca buku ini. Kertas itu untuk aku coretkan perkataan pelik yang aku harus cari maklumat tambahan mengenainya. Insha allah, doakan aku terus bersemangatlah dengan semangat ini. Jangan hangat tahi kucing sudah kan. Doakanlah ek!

                Akhir kata, sila beli buku ini ditoko-toko buku. Tamat.
               

               

1 comment:

  1. Buku ni memang best..banyak persoalan tentang dunia melayu bakal terjawab.

    ReplyDelete

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...