Showing posts with label Darah Haid. Show all posts
Showing posts with label Darah Haid. Show all posts

Saturday, 30 October 2021

Darah Pekat & Merah Itu Haid?

"Sis, darah merah pekat kalau keluar, tidak semestinya itu darah haid tau."



Betul sungguh apa yang sistur atas ini kata. Bila kita nampak ada darah merah pekat atau hitam likat keluar, kita bukan mudah-mudah saja boleh kata darah itu adalah darah haid.

Ada beberapa soalan perlu ditanya sebelum mahu pastikan darah itu darah apa. Darah haid ka, darah istihadah ka atau darah rosak ka. Kahkahkah. Okay ini gurau.

Jika kita ambil kes perempuan yang sudah ada adat kebiasaan haid atau mu'tadah, kita tanyakan satu soalan ini kepadanya bila dia tengah keliru tentang darahnya itu.

🗣Bila awak mandi wajib dan berapa hari bulan awak mula suci?

Ini untuk kita tengok tempoh suci dia cukup atau tidak 15 hari 15 malam. Kalau cukup okay, boleh haid baru. Kalau tak cukup, perlu sempurnakan baki suci hingga 15 hari dahulu, baru boleh haid semula.

Seterusnya, sistur tu perlu catat segala aktiviti darahnya. Jam darah keluar, warna apa, bila perubahan warna dan kering jam berapa. Jangan pula dia buat tak tahu saja dengan apa yang berlaku. Go with flow katanya huhu.

Jika cukup semua darah yang keluar itu 24 jam, dia dikira haid. Jika darahnya terlalu sedikit dan tidak cukup 24 jam, kita kira darah dia darah rosak atau darah fasad. Status sama seperti darah istihadah juga lah.

Kalau ada tinggal solat atau puasa, perlu diganti semula ya.

Okay ke semua tu? Ingat tau soalan cepumas tadi bila nampak darah kita keluar. Janji?

Salam Jumaat yang penuh berkat 🧕

#belajardarahwanita

Thursday, 11 October 2018

Cara Kira Hari Pertama Haid Yang Betul

Ramai wanita yang kira tempoh hari pertama haid mereka begini. Farah datang bulan/haid pada jam 8 pagi 10hb Oktober. Dan Farah katakan bahawa hari pertama haidnya ialah pada 10hb. Hari ke-2 pula ialah 11hb dan seterusnya.

Ha, betulkan kebanyakan daripada kita kira begitu?


Menurut pendapat dalam mazhab Syafie, sekurang-kurang haid adalah 24 jam atau sehari semalam. 

Jika darah keluar kurang daripada itu, ia bukan darah haid, tapi ia adalah darah istihadah atau darah fasad (rosak). Suci dan boleh beribadat seperti biasa.

Okay sebelum Fana terangkan cara pengiraan yang betul, mari kita bandingkan 2 kiraan ini. Satu kiraan yang salah, dan satu kiraan yang betul. 

Farah haid pada 8 pagi - 10hb Oktober. 
Farah habis haid pada 11 pagi- 16hb Oktober. 
Berapa jumlah hari haid Farah?

Jawapan pertama: 7 hari haid
Jawapan kedua: 6 hari haid

Mana yang betul dan mana yang salah?  

Kalau anda kira ikut cara biasa anda itu, jawapannya adalah yang pertama iaitu JAWAPAN PERTAMA; 7 HARI HAID. 

Sebenarnya, jawapan yang tepat adalah jawapan ke-2 tau. Hanya 6 hari haid. Jom dengar di video bagaimana pengiraan sebenar

Cara Kira Hari Pertama Haid Yang Betul




Nanti follow tau channel Fana di Youtube yang tak seberapa itu dan follow di fesbuk dan IG juga. Kongsikan ilmu ini bersama sahabat anda yang lain SEBAB ramai orang yang tersilap kira haid mereka. Kasihan mereka tau. 

Terima kasih sudi baca. Jemput singgah lagi nanti. 




Wednesday, 5 September 2018

Warna Darah Wanita dan Susunan Ikut Kekuatan


Anda tertanya-tanya apa saja warna darah kita? Bukan merah saja ke?

Warna darah wanita ada 5 semuanya. Merah, hitam, coklat kuning dan keruh. Banyak kan? Bukan merah sahaja tau. Nanti masa anda haid, anda perhati darah apa saja yang keluar. 

Keruh itu apa? Macam pelik saja. 

Keruh itu warna seakan kelabu asap. Biasanya di akhir haid kita selepas kuning dan sebelum putih atau jernih yang suci itu. Keruh di tengah-tengah.  

Okay susunan ikut kekuatan macam mana pula? Aha, begini. 

HITAM-MERAH-COKLAT-KUNING-KERUH

Hitam paling kuat, keruh paling lemah. Logik kan kalau ikut kebiasaan kita. Keruh akhir sekali. 

Ilmu warna dan kekuatan ini sangat penting dalam beberapa situasi. Nanti kalau anda terkena istihadah, senang nak tengok yang mana istihadah, yang mana haid bila sudah tahu susunan kekuatan mereka. Sebab bukan semua warna itu istihadah ya jika keluar 20 hari, ada bercampur dengan haid juga tu. 

Okay? 

Sila share tau jika anda rasa bermanfaat. Walaupun ada yang sudah tahu, kita kena ulang ilmu yang sama berkali-kali supaya makin faham dan ingat. Jadinya kita kena sebar berkali-kali agar geng kita yang lain cakna dan hadam. 💪



Farhana Zali
Suka Warna Merah Darah

Nak Mula Menulis Semula

Sebenarnya dah lama terasa nak kembali menulis blog. Setelah setahun berhenti kerja, jadi surirumah tangga sepenuh masa. Dan kini hidup ada ...