Monday 7 December 2015

INGIN LARI

#Assalamualaikum pembaca#

Aku kira hari ini hari paling menyedihkanku. Aku kira ukhuwwah kita semakin kering. Apabila dicurhat isi hati yang selama ini terpendam dan ditelan seorang diri, hanya mendapat respon yang bersahaja. Tiada perasaan simpati mahupun kesal. 

Aku seakan mahu pulang ke kampung sahaja. Apabila mengingatkan tiada yang memahami dan bersamaku. Aku mahu pulang!!!!

Tapi...

Engkau perlu realitistik wahai diri! Engkau berada di zaman yang serba serbi fitnah. Melata dan tersebar kefasadan. Adakah hanya kerana hal seremeh itu engkau mahu lari daripada medan jihad sebenar??? Mahu berpeluk tubuh dan berehat mendiamkan diri???

Cuba tanya dirimu semula. Suka untuk berehat atau bekerja?

Tiada niat mahu melarikan diri. Tapi aku hanya seorang insan yang ingin juga sesekali dimengerti. Walaupun aku dianggap senior di medan, bukan bererti aku sekental batu. Batu kerikil yang keras pun lama kelamaan akan hancur terburai.

Hanya Allah swt yang aku yakin sentiasa di sisi dan sentiasa bersamaku! Teruslah gagah wahai diri berbekalkan niat ikhlas dan syahid di hati!

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...