Monday 14 April 2014

kembali kepada Islam la!

Assalamu'alaikum sahabat sekalian..

kalau di lihat musim sekarang ini musim kebakaran di sana sini.. kalau di pantai barat sana musim tiada air dan catuan bagai.. musim juga fesyen zaman saloma dan p ramlee..musim orang post gambar tunang dan kahwin.. pelamin dan hantaran yang mewah.. 

jangan kita lupa..

ada lagi satu musim yang sedang rancak dan hangat untuk diperkatakan.. tahu tak? yang pasal tuntutan untuk kesaksamaan gender dan hak-hak wanita tu.. banyak daripada ngo liberal di luar sana termasuklah Malaysia tercinta ini yang mahu menuntut 'hak-hak' ini.. menurut mereka wanita ditindas dan tidak mendapat hak yang sepatutnya..



untuk tidak rasa ketinggalan zaman dan atas rasa prihatin terhadap ummah kerana perlembagaan negara sedang dicabar.. saya pun meringankan jari untuk mencari video-video tentang women rights dan human rights.. walaupun semuanya berbahasa Inggeris dan bahasa apa entah lagi.. kugagahi juga untuk memahamkannya..


ini salah satu video yang agak menarik.. dalamnya ada dikatakan;

" the United Nations's Millenium Development Goals; aims for gender equality empowered women by 2015. If this goal is achieved, child mortality, materanal health, educational needs, and poverty can all be improved drastically."

kalau kita lihat dalam kerangka negara kita, Malaysia yang indah permai ini.. rasanya hak-hak wanita sangat hebat dijaga.. kalau diamati betul-betul dari segi hak pendidikan, amatlah wanita diutamakan.. sehingga para kaum Adam ini tidak mendapat tempat untuk menuntut ilmu di menara gading.. mungkin dalam konteks persekolahan tidak berlaku.. kebanyakkan wanita diterima masuk ke universiti tempatan mahupun luar negara dek kepandaian dan kebijaksanaan yang melampau.. para lelaki????

kasihan bukan.. adakah hak kita sebagai wanita masih tidak terlaksana lagi? 


itu kalau kita lihat dalam bidang pendidikan.. mari kita lihat dalam bidang kerjaya pula.. boleh saya tanya.. kaum mana yang lebih ramai mendapat tempat jika pergi ke temuduga?

oleh kerana, bijak berkata-kata, tinggi keyakinan diri, berpenampilan menarik dan sofistikated, dan ditambah nilai dengan keputusan pngk yang sangat tinggi.. wanitalah yang terpilih untuk jawatan pegawai atau ceo itu.. alahai.. kasihan bukan pada kaum lelaki.. 



terlalu ramai wanita yang bekerjaya.. sehinggakan lelaki tidak mendapat tempat.. yang baik sikit pun, jika mereka diterima dalam pasaran industri perkilangan atau automotif.. bekerja kilang lebih baik daripada menganggur bukan? hah, yang paling teruk dan tidak bermanfaat adalah sang teruna berjemaah dalam suntik-menyuntik di lorong gelap.. menghabiskan masa dengan keluar masuk penjara dan pusat serenti.. kasihan bukan? tempat yang sepatutnya ditugaskan kepada kaum lelaki diberikan kepada wanita.. 



contohnya; pemandu bas dan penjaga tol sewaktu malam.. bukankah pekerjaan itu terdedah kepada bahaya.. yang bakal memberi mudarat kepada wanita.. ini bukan diskriminasikah? molek lagi, jika pekerjaan itu diberikan pada lelaki.. 

kiranya hujah yang digunakan adalah mereka itu ibu tunggal dan tiada nafkah daripada suami lagi.. bukankah baik jika ibu tersebut diberi dana untuk berniaga yang mana boleh membantu ekonomi umat Islam ataupun juga menjadi pendidik sambilan.. guru mengaji atau sebagainya.. bukankah kerjaya sebegitu lebih cocok untuk wanita?

dalam video di atas, ada kenyataan..

" Rape as weapon of war"

mudah sahaja, kalau kita takutkan wanita mendapat kejadian seperti diatas..rogol..  takutkan wanita tidak mendapat hak.. takutkan wanita tidak dapat melakukan kehidupan seharian..

KEMBALILAH KEPADA ISLAM!!

dalam Islam sudah ada garisan-garisan panduan untuk seseorang wanita itu hidup dan bersosial.. kembali kepada Al-Quran dan as-sunnah.. insya Allah.. semua hak akan terjaga dan terlaksana!!!

mahu bacaan tambahan;

sekian.. terima kasih sudi baca.. jangan marah ha..
 

1 comment:

  1. Suka entry ni. Moga sentiasa istiqamah dgn memberikan pendedahan dan kefahaman kpd masyarakat dgn cara penulisan. Doakan bersama. Jzkk ukhti ♡

    ReplyDelete

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...