Sunday 11 May 2014

sepatutnya matlamat kita sama!

* Assalamualaikum sahabat*



semakin hari semakin dihimpat pelbagai tanggungjawab.. ya! memang tidak pernah berkesudahan.. bukankah imam Hasan al-Banna ada mengatakan: "al wajibat aksar minal auqat".. hah, kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada..


jadinya, kitalah yang perlu bijak membahagikan masa dan aktiviti yang dilakukan.. insya Allah, moga Allah SWT permudahkan.. 


AKU SEDAR..

sebenarnya apa yang kita as khalifah perjuangkan dalam kehidupan adalah bukan NGO yang dinanungi, bukan persatuan yang dipimpin, bukan parti politik yang bijak melobi, bukan juga bangsa atau apa sahaja.. akan tetapi ISLAM yang dilaungkan dan ditinggikan..

sekarang,

kalau kita perjuangan ISLAM bermatian, orang kata kita ekstrim..
kalau kita perjuangkan bangsa khususnya Melayu, orang kata kita rasis..

alahai...

apa yang hendak diperjuangkan sebenarnya ni.. mahu perjuangkan agenda liberal kah?
atau mahu perjuangkan politik kotor yang tidak islamik langsung..?

buat pengetahuan,
yang malas hendak kaji, tapi terus kutuk melulu,

kita perjuangkan bangsa (melayu) sebagai metod untuk mencapai kegemilangan ISLAM di malaysia realitinya..sebab apa? 

sebab majoriti orang melayu di malaysia adalah orang islam.. hah, kalau semua orang ISLAM dalam malaysia ini sudah habis ditarbiyah.. boleh tak kamu bayangkan hebatnya ISlam yang diamalkan oleh orang yang FAHAM!!

tapi apakan daya,

orang bangsa tersebut sendiri mengutuk dan mengkeji.. hurm..

takpe la.. buat saja kerja masing-masing.. tutup mulut.. gerakkan kaki.. janji matlamat kita yang 'sepatutnya sama'... terlaksana!

wallau a'lam..

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...