Sunday 13 October 2013

iman kau kena tahan ujian..

                                     :: Assalamu'alaikum::

semakin hari semakin sibuk.. semakin hari juga aku diuji...

ya! pelbagai ujian... masa.. duit pt yang tak masuk lagi.. matrik sang mujahid dakwah minta di susui.. esaimen semakin bertimbun... aktiviti banyak sebab tak pandai urus perlu disettlekan..

wah.. manyak sungguh ma..

hati semakin diuji.. sejauh mana kita bisa berlapang dada dengan sahabat sekeliling.. bagaimana kita sentiasa mujahadah untuk mereka gumbira bersama kita.. walaupun kepenatan melanda hanya Allah yang tahu.. bagaimana kita cuba untuk sentiasa tersenyum tatkala hati gundah gelisah..

banyak sungguh kejadian yang berlaku.. miaw kesayang meninggalkan dunia fana ini.. abah angkat tersayang juga mengikut miaw ku ke alam yang lain.. hati sebak.. terlalu hiba.. 

iman diuji dengan perkara yang tidak aku pinta.. semakin ingin aku jauhi ia, semakin ia mengejarku..  aku tahu, ini bahagian aku.. bahagian orang lain, lain la pula kan ujiannya... redha farhana!!!

teruskan berada di jalan dakwah yang indah ini wahai farhana.. sungguh indah... walaupun duri-duri banyak di tengah jalan tapi masih bisa kulihat bunga-bunga mekar sekuntum dua di tepi jalan dakwah itu...yeah!!! >cantik tau<

bersabarlah wahai hati.. iman! kaujuga harus bersabar.. belum sampai masanya.. Allah pasti aturkan yang terbaik buatmu.. sentiasa dekat denganNya.. pasti Dia melindungimu..

aku berdoa diriku dan kamu semua sentiasa Allah lindung dan sayang.. lindung daripada maksiat dan sayang kita sokmo....

sekian...

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...