Monday 1 April 2013

dr KT ke KT for KD.. part 1

                    :: Assalamu'alaikum semua ::


malam yang hening.. cuaca yang agak panas.. dengan berbekal perut kekenyangan koko minda dan maggi goreng.. huiy.. student life katakan... 



entry kali ini amat spesel ngan kenangan dan pengalaman dakwah ku.. eksaited nak tulih dan kongsi dengan sahabat semua.. mungkin ada yang faham seperatus ceritaku ini.. mungkin ada yang hanya 1/3 cerita je yang faham.. apa-apa pung moga dapat buka pintu hati dan minda kita..eh, minda kamu la.. untuk membaca ceritaku yang tak seberapa ini..



*gosok mata*



tajuk entry best kan.. dari kuala terengganu ke kota damansara.. untuk kafilah dakwah..!! *nganga mulut*



maap.. puji entry sendiri.. sila masuk bakul.. baikla... petang khamis yang lepas, aku dan beberapa akhawat (sahabat wanita) kuala terengganu bertolak ke kuala lumpur untuk menyelesaikan sebuah tuntutan dan kewajipan dakwah kami..


as a daie, setiap daripada kita ada tanggungjawab memasing kan..so, jalankan ia dengan sebaik mungkin dan ikhlas...



dengan diketua pasangan suami isteri yang sangat hebat dalam dakwah mereka.. kami dua kereta pung bertolak ke kuala lumpur dengan semangatnya.. dengan berbekalkan akhawat yang majoritinya boleh bawa kereta, makanya amat mudah untuk sesi tukar driver la kan...  super mahasiswi!!



kami pun dengan sabar dan tenang duduk di dalam kereta dengan posisi masing-masing... wajibat kami adalah se juzuk habis sebelum sampai kuala terengganu semula.. sepanjang journey, aktiviti kami dipenuhi dengan tawa taaruf akhawat dan pengalaman-pengalaman dakwah memasing.. woah!!! teruja sangat..


 

amat terasa ukhuwwah jaulah kali ini.. maklumlah ini adalah jaulah pertamaku bersama akhawat kuala ganu.. mereka sangat sopan dan sweetttt... hehe...yang baru kenal sudah rasa lama saling mengenali.. adik nadiah ishak dan kak jiha.. manisnya kalian yang baru kudalami keindahan akhlakmu.. :)



*** skill driving semakin terserlah ***



oleh kerana, si hitam myvi dihadapan memecut laju.. ukhti driver pung terpaksa keluarkan skill drift yang ada.. dibuang rasa gentar dan seriau.. demi sebuah tuntutan dakwah... 



kira-kira kami tiba di shah alam dalam jam 3 lebih pagi jumaatnya.. pertama kali nampak uitm shah alam dengan mata kepala mulut dan telinga sendiri.. sangat besar la.. gah gitu...



selepas menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah.. kami pung beradu untuk mengumpulkan tenaga untuk keesokkan harinya... esok, kami buat apa?



nanti cerita selanjutnya.. :: syukran sebab sudi baca entry yang ini ye ::






4 comments:

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...