Thursday 17 January 2013

part 1:: ibu melahirkan tuannya!!

         * Assalamu'alaikum sahabat sekalian*



Ya Allah..gelapnya cuaca hari ini..tadi nenek cakap, " nak tengkujuh ke ape ni.."...




aik!! takkan baru lepas tengkujuh, nak tengkujuh lagi..hurm... 


*diam*




sihat ke sahabat ku yang sedang duduk bersila atas kerusi sambil pejam celik baca blog aku ni ha? hehe.. alhamdulillah.. syukurlah dengan kesihatan dan kesempatan masa yang Allah Maha Pemberi beri pada kita ni kan.. walaupun hingusku dok meleleh ni...hohoho



sudah seminggu lebih asyik tanam anggur sama durian kat kampung ni.. boring la pulak tak buat kerja ni la... tapi aku mesti pastikan masa ku di musim mengnggur ini terisi dan terus ranum.. tak nak terbuang macam itu sahaja.. RUGII!!



kuatnya angin kat luar tu...



aku nak cerita nie.. pada kamu la.. yang aku tak suka..



tak suka tengok orang yang tak menghormati orang tua mereka.. lagi-lagi ibu tercinta lagi osem..


*ketap bibir sampai berdarah*


pernah tidak kamu mendengar istilah 'ibu melahirkan tuannya sendiri'???

hah..pernah tak?

dengar pun macam tidak elok kan..? apatah lagi diamalkan sepenuh hati.. ramai dalam kalangan anak-anak zaman moden sekarang mengamalkan malan tidak elok ini.. lagi-lagi dibenci Allah serta RasulNya..



situasi 1:

Mak : eh! dah pukul lima!! ya Allah, tak masak lagi ni!
Anak : mak, masak pe hari ni.. ( makan sampai kenyang, letak pinggan dalam sinki tanpa dibasuh, start motor terus pergi ofis)
Mak : baju dah sidai.. dapur dah siap.. herm.. lantai tak mop lagi ni.. (redha je)

::: semua kerja rumah mak yang buat, anak duk sibuk pergi kerja, balik kerja, malam tidur atas katil..:::


Situasi 2:

Mak : anak ko ni Mat..nakal sangat..penat mak tau..
Mat : alah mak.. 3 orang je.. dorang budak-budak memang macam tu..tengah aktif!!
Mak : (tengah solat, cucu panjat badan masa sujud.. hati tak khusyuk!)
Mak : (tengah tidur, cucu langkah-langkah sampai terpijak tangan mak.. terjaga dari rehat yang sekejap..)
Mat : mak, mat dah beli barang dapur tau..
Mak : duit upah jaga anak kau takde ke mat?
Mat : tu dah beli barang dapur.. sekalilah tu mak!



**** kisah bersambung...

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...