Tuesday 15 January 2013

jom sedekah..!

                                                        * Assalamu'alaikum semua*



selamat berpagi-pagi semuanya..tahniah!! buat siapa yang tidak tidur lepas subuh tadi..insya Allah..urusan hari ini akan smooth dan rezeki masuk dengan tenang...



          dari Abdullah bin umar ra katanya: "ketika Rasulullah saw sedang berkhutbah di atas   mimbar,
          Baginda menyebut berkenaan sedekah dan mencegah diri daripada meminta-minta. Sabdanya; 
          ' tangan yang di atas lebih baik daripada tangan dibawah. tangan yang di atas ialah memberi 
          sedangkan tangan yang dibawah ialah tangan yang meminta.'" (HR Muslim, no 1715) 


indahkan perumpamaan itu.. 


itu bukanlah bermaksud yang kita kena bersedekah walaupun duit kering dan akan memudaratkan diri..  yang ada lebih, bagi lebih..yang ada kurang sikit, bagi lebih jugak..moga ada rezeki yang akan menyusul...



bukanlah juga menghulurkan duit berpuluh-puluh atau beratus-ratus..yang siap pegang cek masuk dalam kaca televisyen (ada takbur dalam diri) itu yang dipandang Allah swt..akan tetapi yang ikhlas...walaupun sedikit..






sedekah yang paling mudah wahai sahabat sekalian...adalah senyum!!! iye dak..senyum kan mudah.. tak penat..tak berpeluh pun..



pagi-pagi tu, duk jalan kat kaki lima..nak pergi masuk ofis ke..nak pergi kelas ke..nampak auntie cleaner..senyum sikit..bagi salam..tenang auntie tu nak kerjakan..betul tak?



dia pun nak sapu sampah yang korang buat tu..ikhlas je...tak sakit hati pun... tidak sama sekali!



kalau tidak jumpa acik cleaner pun..nampak sapa je sepanjang perjalanan awak tu.. bagi salam... kalau malu pun..(sepatutnya tak boleh malu..itukan syiar islam)... lemparkan senyuman pun insya Allah ada ganjarannya..



senyuman ikhlas ye..bukan senyuman kambing gurun tau!!



jom kita senyum-bersenyum..eh!ada ke bersenyum..? hehehe..



terima kasih kerana sabar bagi pinjam mata dan iman hati korang...
kamulah muslim terhebat di era ini..!!


 






No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...