Wednesday 23 January 2013

aku seorang musafir...

       :: Assalamu'alaikum si cantik manis lagi baik hati semua::


di sini ingin aku kisahkan pahit manis pemusafiran ku bersama teman demi menuntut ilmu dan menimba pengalaman walaupun setitik....



malam jumaat bersamaan 18 januari 2013.. aku bersama sahabat ku farah ain bertolak ke port dickson untuk bermalam ke sana.. dalam perjalanan kami, kami menerima panggilan daripada seorang sahabat yang sentiasa segar dalam hati, natrah md nazir yang sedang menuntut dan dalam mencari jodoh di jordan..hahha.. nak jugak tu cari jodoh..

maap nat..gurau..gurau...

separuh perjalanan kami berbual berpassing telefon..kalau polis nampak boleh kena saman tu..hehehe.. rasanya sudah macam ada 3 manusia di dalam matrik tersayang walaupun secara realiti hanya ada 2 manusia... bergelak manja.. tanya kabar.. perkembangan yang berlaku.. kopok lekor.. dan pelbagai topik lagi yang tidak patut diceritakan di sini.. tidak ketinggalan juga, " dah jumpa calon ke?"...:) soalan feveret dan evergreen..

****


kami singgah di kuala sungai baru dahulu untuk pick sorang ukhti nie.. nama beliau yusniati mesra... beliau adik ku di unisza..merangkap ukhti sama-sama dalam bidang tarbiyah dan dakwah ini.. sungguh friendly dan talkative.. hebat beliau ni.. [maluuuunye diri ini]

cantik sungguh rumah kakak beliau.. kemas dan berdeko.. hehe.. [ isteri yang full-time housewive memang superb bab-bab kemas rumah dan masak kan.. kena serba boleh dan pantas bekerja..]

****

lalu.. kami pun meneruskan perjalanan malam kami..kini sudah ber3.. huhu.lebih meriah!... sewaktu kami lalu di hadapan uniti village..rindu rasanya..melihatkan banyak baju tergantung di tingkap-tingkap bilik sana.. aku terbayang kenangan lama... wah!!!! layannnn je...

****

" eh, kita kat mana ni ain?" kataku sedikit menjerit..
" kat pd la.. kan poli tu ha.. depan tu" jawab ain meyakinkan aku..


nak tahu kenapa aku tergamam dan terjojol biji mata ni ha.. sebab... kat simpang tiga ke taman poli tu sudah terpacak tiang lampu yang tinggi dan megah.. berdiri menyinari kegelapan jalan yang dahulunya gelap gulita dan telah meragut banyak motor dan kereta..

macam high way..macam bandar besauuuu...


" macam highway kan ain.. macam kl pun ada.. eh, mana simpangnya nie.." aku kalut cari lorong nak masuk ke kanan...

sungguh aku terpaku..
 

masya allah.. baru berapa bulan aku meninggalkan tempat itu.. sungguh cepat pembangunan yang berlaku.. alangkah kaget.. kaget.. dan kaget diri ini..


****


sesampainya kami di hadapan rumah sahabat kami yang lain pula.. yang juga sentiasa di hati.. izzatie isa.. dengan sabar kami menanti di luar.. dengan harapan kak siti di dalam mendengar salam kami dan kebisingan yang kami lakukan..


setelah agak lenguh juga la menunggu, dengan ikhlas aku pun menghantar pesanan ringkas buat izzatie [dia di luar.. tiada di rumah@ akhawat sentiasa busy]..



                kat mana tu... kiteorang dah sampai..
                cakap dekat kat siti bukak kan pintu ek!



terus menunggu... 


sekali mesej sampai...


             kak siti kuar la farhana... g jalan-jalan dulu


ek! 


maknanya.. kami menanti bulan jatuh ke riba rupanya.. hehe.. duk tunggu rumah di buka, padahal tiada orang di dalam sana...


syukur...kami selamat di luar..huk..


*****


setelah selesai penungguan dan penantian.. kami masuk ke dalam dengan gembira dan senyuman lega.. 



dan kini bermula pula sesi celoteh bersama 3 budak tembam...



cerita akan disambung....



:: syukran sebab sabar baca entry kali ini ::


1 comment:

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...