Wednesday 14 November 2012

Salam maal hijrah 1434 hijrah..

selamat menyambut hijrah kengkawan semua...

 ayuh, kita refresh iman kita...dah nak masuk tahun yang baru ni..

takkan nak sama saja tahap iman kita..upgrade la sikit ye..!!!








memandangkan esok sudah mula tahun hijrah yang baharu..1433..baiklah..wajarlah kita pun memunculkan sifat yang baru lagi molek dalam diri kita ini..


yang buruk..dibuang jauh-jauh ke tengah laut..tak pun ke dalam gaung sana tuh.. kaut dan kutip yang elok dan mahmudah...simpan leklok dan amalkan dalam diri..jadikan personaliti diri sendiri...



semua manusia yang sedang membaca blog ini..aku rasa kamu semua mesti tahu akan kisah hijrah nabi agung kita, nabi muhammad saw....yelah..dari sekolah rendah..naik sekolah menengah..naik lagi ke kolej mahupun universiti..kisah yang sama jugak kan?




dah naik tepu dah dalam hotak kan..tapi ape iktibar yang kita semua telah amek daripada kisah agung tu..ape ye???>sambil garu-garu kepala..dan serabaikan sikit rambut<


pasa sahabat telah mengorbankan kehidupan mereka untuk islam..untuk Allah dan rasul-Nya... para sahabat juga mengorbankan seluruh harta mereka..yang kaya jadi papa kedana..bukan miskin kengkawan..tapi PAPA KEDANA...jenis kais pagi makan pagi..kais petang belum tentu dapat makan petang tahu....



tak sedikit juga sahabat yang mengorbankan keselamatan mereka demi rasulullah saw... demi kelangsungan tarbiyah dan dakwah islam.... saidina Ali membahayakan diri beliau dengan tidur di atas katil rasulullah saw semasa malam hijrah..walaupun saidina Ali tahu beliau bakal dibunuh..dek orang musyrikin sangkakan jasad nabi SAW....

tidak ke bahaya tu..tapi mereka sanggup..betapa beraninya Abu Bakar..setia menemani Rasulullah saw dalam mengembara ke madinah..atas perintah hijrah Allah swt... membahayakan diri sendiri tu... 

asma' yang membawa makanan kepada rasulullah dan ayahnya, abu bakar..seorang diri berjalan di malam hari...di padang pasir yang luas terbentang...dari mekah yang ketat dikawal musyrikin ke tempat persembunyian baginda...gua tsur...

nampak tak? dekat sungguh hijrah dan pengorbanan...tidak boleh dipisahkan sama sekali....







kita bagaimana kengkawan semua....pengorbanan?huh...nak belanja member air singgit pun berkira.. ini kan pula nak bagi seluruh harta....



nak bagi duit untuk nota yang telah member tolong fotostatkan pun muncung..mengomel..macam mana nak sedekah beribu-ribu untuk palestin... jauh lah sangat kita dengan para sahabat..


berkorbanlah kengkawan..setiap pengorbanan pasti ada manis di hujungnya..memang pengorbanan itu pahit..tapi... kan buah naga kalau kita makan tanpa dibuang kulitnya pahit..cuba korbankan sikit tenaga dan rasa malas dengan kopek kulit.. haha..cuba makan isinya..manis bukan! sedap kan!!!!


hah..powernya pengorbanan...cubalah kalau nak tahu manisnya...

hehe..entry hadapan naklah penulis mencerita beberapa pengalaman berkorban ni..hehe..insya allah, bisa dijadikan iktibar kot..ameen.....

terima kasih sebab sudi melenguhkan mata membaca entry ini...sabar! kan sabar itu indah dear!!

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...