Sunday 17 June 2012

sampai ke pengajarannya?

               * Assalamu'alaikum*

Hujung minggu yang merehatkan..minggu ini tiada apa-apa aktiviti..hanya duduk-duduk dan jalan-jalan mengrefresh hubungan ukhuwwah fillah..memikirkan masalah dakwah yang mendatang..dan cuba bermujahadah mencari jalan penyelesaiannya..orang putih kata; 'the solution'..hehe..[nak jugak tu]..

Terpanggil la aku untuk nak korek atau menyelami isi hati si pengarah filem yang tengah duk meletup sana-sini.. jiwa taiko... kalau aku tidak silap, patutnya tajuk dia Jiwang Taiko kot..macam tu la lebih kurang...



 Sinopsis filem Jiwa Taiko
Filem Jiwa Taiko mengisahkan kesalahan Firman membawa dia ke penjara tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.

Kenapa nak story pasal cerita ini pulak..penulis layan filem macam ni ke?...hem... tidak sama sekali..cerita yang melambak dalam harddisk tu pun tak kuasa nak bukak..asyik mintak kat orang je..tengoknya tak pun..

Bukanlah apa pun..hanya nak duk bual-bual kosong je dengan korang semua.. kan kat Malaysia ni banyak betul cerita bergenrekan aksi dan ganas ni..ataupun bergenrekan love!... memang laku macam KFC cerita macam ni.. yelah..kononnya sesuai dan menepati jiwa rakyat kita yang majoritinya remaja..yang muda belia ni kan...

Kebanyakkan pengarah mengatakan bahawa cerita-cerita macam ni bukan nak memaparkan aksi-aksi tu dengan saja-saja..tapi nak beri pengajaran bagi yang berkenaan.. supaya dorang ni, insaf dari apa yang dorang buat.. kiranya satu teguranlah tu! 

Dari Tamim ad-Dariy ra, Rasulullah saw bersabda; " Ad-deenu nasihah".. hadis riwayat Bukhari dan Muslim..

Maksudnya; "Agama adalah nasihat".. yes, that's right.. memang menepati ciri-ciri.. tapi...

Secara jujurnya.. aku tidak berapa setuju.. paparan sebegitu ekstrem hanya memberi galakan untuk remaja mencuba..bukannya pengajaran untuk berubah! mereka yang berkenaan akan rasa yang apa yang mereka lakukan..aktiviti mereka seharian diiktiraf masyarakat sekeliling.. huh, lagilah dorang syok!

Yang tak pernah buat pun, teringin serta berhajat.. nak jadi macam tu.. lagi-lagi budak skool rendah lelaki.. mesti rasa macam nak jadi macam Firman dalam cerita tu.. kan budak-budak berimaginasi tinggi! paparan aksi seks,..bergaduh..memang akan dicuba..sebab itu yang disuap..akan ditelan la..

Banyak je..cerita-cerita yang menonjolkan aktiviti sosial yang teruk ni kat pasaran.. yang nak beri pengajaran ini katanya.. belum seminggu pun tayang, dah berjuta-juta kutipan.. tu maknanya ramai remaja yang berminat dan tengok.. see..how's the feedback!.. masih banyak..atau makin banyak yang masih berpeleseran.. berlumba haram..<Jangan pilih jalan hitam; Bohsia 2>....bergelandangan sana-sini.. bercampur lelaki perempuan bagai tiada batasan langsung..macam tiada tujuan hidup.. kehidupan dilalui tanpa rasa bertanggungjawab terhadap alam sekeliling..



Kerana mereka tahu suatu hari nanti akan sampai saat penginsafan..atau hidayah ang yang ditunggu akan tiba jua.. takpe la..berenjoy sekarang..next time aku akan dapat hidayah..Insya Allah.. sebab tengok dalam filem, mereka yang lakukan kesalahan mesti punya dapat balasan.. buruk atau baik! tapi dorang ni memang confirm-confirm je akan dapat hidayah.... see..betapa filem tu memainkan peranan yang sangat penting dalam pembesaran..sesuatu jenayah sosial kat muka bumi ni..

Wahai pengarah-pengarah serta penerbit-penerbit sekalian... memang la kita orang bisnes, amat pentingkan keuntungan..pulangan.. tapi sensitif la sikit dengan agama...yang kita junjung ke sana-sini..yang kita bawa ke mana saja... dalam ic..kat nama.. kat penampilan..

Kalau anda mengeluarkan cerita yang berunsurkan Islamik.. bergenre aksi..mungkin akan lebih tertarik..sebab UNIK!!!! sebenarnya ramai je orang yang mencari kebenaran dan kebaikan..tetapi tidak tahu nak cari di mana.. kerana pilihan yang ada hanya tidak berpelbagaian..lauknya tidak membangkit selera muda..

okaylah..memang kalau cerita tak puas hati tu sampai Subuh esok tak habis ni.. see next time! Salam sayang.. kalau nak tengok filem tu pilih yang bagus je ye..untuk minda dan iman kita.. luv you all!!!





No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...