Thursday 12 April 2012

Tsunami!!! Selamatkan diri cepat!!

Salam secerah pagi khamis yang indah..alhamdulillah..bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana diberi lagi oksigen untuk disedut..demi sebuah kehidupan yang mencabar dan penuh saingan ini..< kalau dalam tempat yang sempit dan berpenghawa dingin, agak sukar untuk bernafas kan? Hal itu disebabkan manusia-manusia dalam tu berebut nak oksigen yang sikit>..memang kena bersaing..

Kita dikejutkan dengan berita tsunami bakal melanda..di acheh, sedikit gegaran sudah dirasai..di sebuah shopping complex di utara negara juga turut merasai penangan gegaran ini...hinggakan dinding retak dan merekah..para pengunjung dikehendaki keluar dalam keadaan segera..[ dalam bahasa kasar dihalau keluar]..hehe..gurau aje la..

manusia menyelamatkan diri..


Semalam aku tengok berita..dorang tayang yang ramai manusia berpusu-pusu membawa barang peribadi untuk menyelamatkan diri..daripada apa?.. hem, dari tsunami yang dicatatkan berapa skala ritcher ntah, lupa sudah aku..budak asrama kolej lama pun yang sememangnya tinggal bersebelahan dengan pantai, dikehendaki berpindah ke kediaman yang satu lagi..jauh sikit la dari pantai..[ dulu kat pantai tuh masuk newspaper sebab budak kolej berjaya menjumpai buaya yang sangat besar..tengah melepak kat situ..]..hebat uniti!!

Perasan tak? Semua batang-batang tubuh sibuk dan kelam-kabut menyelamatkan diri daripada mende yang belum tentu terjadi..hanya sangkaan dan jangkaan sahaja..itu pun sudah kalut nak selamatkan diri.. Tapi aku rasa hairan la..tambahan lagi pelik sungguh..semua orang tak kisah langsung tentang hal yang satu ni..apa?? MATI....!!! 

 "   Mahasuci Allah Yang di dalam genggaman
     kekuasaan-Nya seluruh kerajaan, dan Dia Mahakuasa
     atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan
     hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu
     yang paling baik amalnya, dan sesungguhnya Dia
     Mahamulia lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk [67]:
     1-2).1
 


Walaupun semua orang sudah yakin dengan seyakinnya yang dia bakal mati bila-bila masa sahaja..tidak diketahui waktu yang specific.. sepatutnya semua orang kena lagi-lagi rasa takut..sebab tak tahu bila tarikhnya kan.. tapi apa yang dilihat, semua orang relaks dan tenang tidak menyelamatkan diri langsung..bagai tiada apa yang bakal berlaku.. apa yang sudah terjadi ni??

 Hanya dengan satu berita gempa bumi..semua tubuh bergelimpangan menyelamatkan diri..tapi dengan ingatan berhari-hari tentang kematian langsung tidak memberi kesan..peliks la...!!!masih hidup dengan cara lama..bukan cara seperti nak menyelamatkan diri dari azab selepas mati..sebab lepas mati tak boleh nak wat apa-apa untuk save yourself dah..

     "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami
     (membangunkan dari tidur) setelah mematikan kami
     (menidurkan). Dan kepada-Nya jua kebangkitan
     (kelak)."


Jadi, diseru wahai manusia..cepat-cepatlah selamatkan diri..daripada azab di akhirat nanti..yang memang akan berlaku.. hem..tsunami sudah dibatalkan kan jangkaannya.. tapi MATI yang ini tiada pembatalan.. Yuk, kita sama-sama selamatkan diri dengan muhasabah diri dan cuba perbaiki diri demi sebuah kehidupan abadi dan keredhaan Ilahi yang amat didamba setiap insani..


  "Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu
     daripada dunia" (QS Al-Dhuha [93]: 4).






No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...