Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, 23 February 2016

ANAK MUDA PELIK


Anak muda pelik itu, 
Senang bergelak ketawa, 
Bergurau senda,
Hanya tak sampai 24 jam,
Mereka berkenalan dan menyulam cinta.

Oh, indahnya ukhuwwah,
Kerana akidah,
Sentiasa sehati dan sejiwa.

Anak muda pelik,
Baharu 17 tahun usia,
Sudah punya impian dan cita-cita,
Tinggi dan melangit sana.

Islam bakal dijulang,
Andai semua anak muda seperti mereka.

Monday, 10 February 2014

Semakin..

Semakin hari semakin bertambah,
Bertambah pening dan pusing,
Kerja bertimbun dan semakin bertimbun,
Aku serahkan segalanya pada-Nya,
Hanya kerehatan di syurga yang aku damba..!

*malam ini meeting untuk Islam..

Sunday, 2 February 2014

Malam itu

Malam itu,
Kita bergelak riang bersama,
Mengenang kembali kisah suka duka,
Mengimbas kenangan indah.

Kadang-kadang kejahilan lalu,
Seperti dijemput kembali,
Tak suka untuk diingati kembali,
Kerna ia membikin hati dan iman tersakiti.

Malam itu,
Aku muhasabah kembali,
Kejahilan yang berjaya dikikis,
Harus sentiasa dipelihara agar tidak berkarat,
Sukar untuk dikikis lagi,
Semakin menebal dan menebal,
Suatu saat nanti,
Karat itu memakan diri.

Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...