Showing posts with label Detox Clay Mask. Show all posts
Showing posts with label Detox Clay Mask. Show all posts

Friday, 29 December 2017

MISI DETOKS MUKA BAHAGIAN TERAKHIR

Assalamualaikum semua. Okay! Ini bahagian terakhir untuk misi detoks muka kusam kita. Hihihi. Muka Fana pun sama. 

Bahagian pertama yang lepas, kita sudah tahu tentang kepentingan detoks muka kan. Lepas itu Fana ada cerita tentang apa yang terjadi pada kulit muka kita, jika kita tak singkirkan semua toksin berjemaah bawah kulit itu. Euuw sangat kan. 

Fana juga ada beri cadangan untuk awak cuba mary jardin punya detox clay mask. Sebab apa? Ada lah sebabnya dalam entry itu. 

Boleh baca semula di sini. Hihihi. 

Dua bahan utama dalam bahagian satu juga Fana dah diterangkan panjang lebar iaitu french green clay dan activated bentonite clay. 

Pastu, dalam bahagian kedua Fana ada sambung dua bahan penting lagi dalam detox clay mask; ekstrak betik dan zink oxide. 

Awak boleh baca di sini untuk lihat apa manfaat dua bahan terpilih ini. Memang bukan calang-calang entiti. 

Baiklah untuk bahagian terakhir ini, Fana akan ceritakan tiga lagi bahan yang terkandung dalam DCM yang super best ini. Ada lavender bud, oat dan activated charcoal.

Kalau lavender tu macam biasa lah kan, semua tahu dah apa manfaat lavender. Bagi yang selalu stress, sukar tidur, dan kemurungan, awak patut cuba hidu atau hidup dikelilingi lavender. Bau dia sangat menenangkan tau. Sangat! 

Nak tanam pokok lavender tak mampu nak jaga dan beli, awak beli saja minya lavender mary jardin. Pelbagai guna dan banyak khasiat untuk seluruh badan. 



Oh, oat! 

Semua orang tahu juga pasal oat ni kan. Boleh jadi skrub muka untuk buang sel kulit mati. Biji-biji oat dalam ini tak besar pun, just nice saja. Dalam sabun pun ada oat juga. Memang banyak kelebihan oat ini.

Okay!

Yang terakhir ialah activated charcoal. Bahan ini berfungsi untuk cuci pori kita dan buang adik-beradik head; whitehead dan blackhead. 



Complete kan? Baiklah, sebelum berakhir, sekarang ini sedang year end sale mary jardin. Ada 5 item semuanya. Tapi Fana sarankan awak semua grab basic set (ada 3 item) dan tuala mikrofibre yang gebu-gebas tu.



Ada sabun muka susu kambing, ada face oil dan detox clay mask. Tiada krim siang dan malam tau. 


Tuala ni punya lembut dan gebu, tak padan dengan cas positif yang dia ada untuk tarik segala sisa clay dan kotoran. 

Ya, daripada 5 item itu Fana cadang sungguh-sungguh agar awak beli dua item ini. Pelaburan yang berbaloi hingga akhir hayat anda. Basic set itu sebenarnya harganya ialah rm170, tapi sekarang ini jimat 70 tau. 

Sebelum awak tutup laman blog Fana ini, 

satu saja Fana nak cakap. Produk bahan semula jadi tak akan pernah mengecewakan. Muka adalah pinjaman dan amanah daripada Allah swt, oleh itu jagalah sebaik mungkin dan peliharalah keasliannya hingga kita memejam mata nanti. Tau tau tau. 

Bagi yang berminat untuk pinang dua hantaran ini, boleh wasap Fana (0132726248) segera. Sebab tawaran akan tamat hari AHAD ini. Tinggal 2 hari saja lagi. Bertindak segera ya. 




Tuesday, 26 December 2017

MISI DETOKS MUKA: BAHAGIAN 2

Assalamualaikum semua. Hari ini Fana nak sambung misi kita. Bahagian 2 pula. Tahu dah kan ada bahagian 1 misi detoks muka? Bagi yang belum baca, boleh baca di sini.

"Eh, muka macam cerah sikit lah lepas basuh bersih sisa clay mask."

Ini ayat feedback Fana sendiri. Hehehe. Memang pelik lah kan kenapa lepas pakai DCM ni, muka jadi cerah sikit. Bukan ke nak buang sel kulit mati dan cuci pori saja?



Ya, cikpuan Fana. Sebab dalam DCM ada ekstrak betik.  Ekstrak ini berfungsi sebagai pengelupasan halus kulit. Memang jadi cerah dan lembut saja lepas basuh dan lap bersih guna tuala mikro fibre.

Bukan mengelupas yang bagi nipis kulit tu tau. Ini mengelupas buang daki-daki sikit dan sel kulit mati kusam. 

Selain itu kan, kalau perasan nanti, jerawat kita yang tengah meriah naik tu akan kecut lepas guna DCM. Fana pun mengalami yang ini. Lagi-lagi memang tepek tebal sikit clay di bahagian jerawat itu. 

Kandungan zink oxide dalamnya bertindak sebagai pembunuh bakteria jerawat dan kurangkan inflammation. Alah, yang warna merah terbonjol sikit itu lah. Ada orang sakit, ada yang tak sakit, tapi menonjol lah mencapub. hahaha. 

Dengan izin Allah, mudah jerawat kecut dan kurang sakit.



Bagi yang kulit muka berminyak, kusam, pori besar dan meriah jerawat dan adik-beradik head, Fana sarankan anda guna DCM yang mudah ini. Jangan risau, Fana memang akan guide cara penggunaan yang betul lepas barang sampai nanti.



Bagi yang berminat nak cuba, boleh wasap Fana di nombor 0132726248. Terima kasih. Kita jumpa di bahagian ke-3 dan terakhir juga ya!

Sunday, 24 December 2017

MISI DETOKS MUKA: BAHAGIAN 1

Assalamualaikum semua. Hari ini Fana nak cerita tentang detoks muka. Pernah dengar istilah detoks muka? Fana waktu mula-mula dengar kan, macam cakap apa tu. Lekatkan pelekat detoks tu kah? Tempel-tempel pastu keluar toksin. Hahaha. Semudah itu. 

Jika anda seorang insan yang tak pernah detoks muka, Fana sarankan anda cuba untuk sekali saja. Percayalah, anda akan dapat rasa apa itu pembersihan dalam dan luaran secara berkesan. Fana lepas buat kali pertama bulan lepas, terus ketagih nak buat hari-hari. Tapi tak boleh. Kita disarankan untuk detoks dua kali seminggu saja.

Cuba anda bayangkan toksin di bawah lapisan kulit tersimpan lama tidak dikeluarkan, bergabung dengan segala kotoran debu, asap kereta dan rokok. Betapa teruk agaknya keadaan kulit kita jika dizoomkan secara dekat.



Uh! Euww. Tersumbat habis kan dalam liang pori kita. 27 tahun tau tersimpan rapi lagi kemas. 


Anda tertanya-tanya kenapa kita perlu detoks muka? Apa kesan pada kulit kita jika segala kotoran yang terkumpul berpuluh tahun itu tetap berdiam diri di situ? Dan bagaimana cara #MUDAH serta #MURAH untuk proses singkir mati semua jenis sampah muka tersebut?

Aha! Memang tak sabar kan nak tahu. Sabar sabar. Hihi. 

Kalau awak nak tahu, toksin itu bukan hanya keluar melalui pembuangan air besar saja, ada juga yang disingkirkan perantaraan kulit. Selalu orang gembar-gemburkan detoks usus guna air lemon kan, kasi keluar semua toksin dalam usus yang terkumpul. Usah dilupa juga toksin bawah kulit kita ya!

Bayangkan badan kita akan rasa cepat letih dan berat jika toksin tak dikeluarkan secara konsisten. Begitu juga kulit kita akan kelihatan kusam dan tidak bersinar, dek berjemaahnya toksin berkumpul bawah kulit tak disedut keluar.

Betul lah Fana. Kan? 

Kan seronok jika ada 'orang' tolong cucikan pori kita yang tersumbat tu?

Memang betul pun. MEmang ada 'orang' yang boleh tolong detoks kan muka awak tanpa sakit atau belanja tinggi. Wujud satu cara detoks yang #MURAH dan #MUDAH dalam dunia ini. Namanya detox clay mask (DCM). 

Walaupun bahan dalam DCM ini import dari Perancis, pengasas produk Dr M berbaik hati letak harga begitu murah sebab nak jadikan Mary Jardin ini mampu milik rakyat Malaysia.

Mesti kalian tertanya-tanya, kenapa detoks muka guna DCM ini baik dan berkesan?

Aha! Hal ini kerana bahan asas utama yang digunakan ialah bentonite clay dan french green clay. Dua bahan ini boleh mencuci jauh ke dalam liang pori kita. Sedut semua toksin dan kotoran bawah kulit. Deep pore cleansing omputih cakap. 

Wuuuu. Rasa segar tetiba.

Bentonite clay ini punya cas bila bersentuhan dengan air. Bila kita bancuh dengan cecair, fungsi sebenar ia akan terserlah. Macam magnet lah. Ia sedut habis semuanya tanpa tinggal sisa.

Dan nanti bila DCM sudah ada depan mata awak, masa bancuh itu nanti awak perasan ada warna hijau pekat gitu pada bancuhan. Itu efek french green clay yang import tadi. Si dia ini ada 2 fungsi:

1) absorption (serap)
2) adsorption (tarik keluar)

Serap dan tarik keluar semua segala mak nenek dalam pori-pori kita. Haish. Terbayang sesuatu pula. Kan.

Mesti awak terbayang vakum kan? hihi. Kita vakum tarik semua habuk itu. Best nya alahai.



Okay! Bahagian seterusnya Fana akan cerita beberapa bahan lain yang terkandung dalam DCM yang macam vakum ini. Pastu awak akan lebih teruja dan terus rasa nak grab satu tau. Stay tune!


Ummi Belajar Pendidikan Seksualiti daripada Kitab Tarbiyatul Aulad

Alhamdulillah hari ini berpeluang dengar kuliah kupasan kitab Tarbiyatul Aulad daripada Dr Hidayah Ahmad Azam.   Dalam kesejukan hujan, koso...