"Mari tumbangkan pemimpin itu!"
![]() |
Bersih adalah demonstrasi paling jijik dalam misi tumbangkan pemimpin |
Fana pernah terbaca satu hadis dalam buku 70 Hadis
Perjuangan karya Dr Hisyam Sakr. Agak menarik dan kena dengan situasi sekarang.
Rasulullah SAW ada bersabda, "Tidak! Selagi mereka
mendirikan solat bersama kalian."
2 kali baginda ulang jawapan ini, selepas para sahabat
bertanya tentang boleh ke tumbangkan pemimpin
yang zalim.
Kita kalau ikut logik manusia yang terbatas dan penuh
semangat waja ni, kalau ada pemimpin yang kita rasa dia tidak berkaliber, ada
buat kesalahan atau dosa, korupsi dan sebagainya, solusi kita mestilah
tumbangkan saja kerajaan pemimpin itu.
Macam Melaka lah sekarang.
Aduhai, negeri tanah tumpah darahku!
Sedih melihat engkau berduka lara dengan isi perutmu.
Sungguh rakus mereka itu.
Rasulullah SAW tidak menyuruh kita untuk tumbangkan pemimpin
itu, bahkan baginda suruh kita untuk membenci maksiat yang pemimpin itu lakukan
dan lakukan amar makruf nahi mungkar.
Apa maksudnya?
Tegur pemimpin itu. Bukan terus buat demonstrasi tumbangkan
pemimpin dan kerajaan.
Dia terima atau tidak nasihat itu bukan urusan kita. Kerja
kita hanya benci perbuatannya dan berdakwah kepadanya. Bukan diamkan dan ikut
membabi buta ya. Macam kita bersekongkol pula dengan maksiatnya.
Semua pemimpin yang zalim ke kita tak boleh tumbangkan? Oh,
ada syaratnya ya.
Syarat 1: Nampak perkataan 'solat' dalam jawapan Rasulullah
SAW tadi?
Maksudnya selagi pemimpin itu melaksanakan syariat dalam
pemerintahannya. Bukan dia sendiri saja yang bersolat, tapi dia tegakkan syiar
Islam dalam negara.
Syarat 2: Maksiat yang dia buat adalah maksiat peribadi.
Kalau terangan pemimpin itu suruh wanita Malaysia haram
pakai tudung, tidak boleh solat dan arak wajib di jual di semua kedai runcit,
ini tidak termasuk syarat pertama ya.
Mohon baca syarat di atas betul-betul tau. Sebab nanti awak
salah faham kalau tidak faham isi hadis. Mulalah terus tulis komen yang tak
puas hati bagai 😅
Bukan semua pemimpin kita layan begini. Pemimpin yang ada 2
syarat itu sahaja. Selain itu? Tiada dalam hadis. Fana kena belajar lebih lagi.
Kalau kita mati ketika berdakwah kepada pemimpin zalim itu,
insya Allah syahid menunggu kita.
Nota kaki: Hanya niat berkongsi. Walaupun tajuk ini agak
berat dan sensasi.
No comments:
Post a Comment