Sunday 18 September 2016

BUKAN SEKADAR SEBIJI TAYAR

# Assalamu'alaikum pembaca #



Anda pernah dengar tentang tayar pengorbanan?
Tayar dakwah?
Tayar koyak?

Tayar koyak itu senarai bab dalam buku #basikalkarat. :)

Bulan Ogos merupakan bulan pertama yang saya betul-betul dapat rasa duit hasil titik peluh saya dalam kadar yang sedikit banyak. Duit mengajar tuisyen, mengaji, jual buku dan aiskrim. Tetapi duit meniaga aiskrim saya tidak usik melainkan untuk dirolling agar tidak statik jumlahnya.

Pelbagai pekerjaan dalam satu masa, walaupun hanya duduk di rumah. Ramai orang tidak melihat dan merasai betapa bekerja dari rumah lebih memenatkan dan bikin pusing kepala. Jika bekerja di pejabat, kita akan melanguk termenung atau bermain telefon jika tiada kerja. Di rumah, tiada istilah tiada kerja. Pagi menguruskan rumah, petang dan malam kelas sudah bermula. 

Bulan lepas juga segala sakit kepala saya setiap malam sebab memikirkan bagaimana mahu menguruskan adik murid yang pelbagai ragam terbaloi dan berhasil. Alhamdulillah.

Dengan duit titik peluh bulan ini juga saya telah membeli dua biji tayar (kiri kanan), beberapa buku rujukan dan latihan yang melebihi sepuluh unit.

Kosong. Tiada yang lebih. 

Niat untuk membeli tudung chiffon dimatikan. Pejamkan mata bila tengok anak-anak muda berjimba makan di restoran hispter dan melancong sana-sini. Tahankan diri melihat orang update dapat sambung belajar dan membina rumah tangga.

Ada yang lebih awla (utama) untuk saya saat ini. Ini bahagian saya. Paling penting di saat begini, hadirkan rasa syukur dan syukur.

Inilah namanya TAYAR PENGORBANAN. Banyak yang saya korbankan demi dua biji tayar. 



Kami sekeluarga boleh selamat menggunakan Duldul tanpa risau tayar pecah di tengah perjalanan lagi. Selama beberapa bulan selepas pak cik kedai tayar cakap, "Tayar awak ni sudah merekah. Boleh pecah bila-bila masa sahaja."

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa selama memandu Duldul dengan tayar yang bakal pecah pada bila-bila masa yang tidak diketahui. Tawakal dan terus usaha kumpul duit.

Ada lagi bahagian kereta yang perlu ditukar dan dibaiki. Bersedia untuk bulan depan pula. Adakah masih sama pengorbanannya? 


Nasihat saya buat anak muda di luar sana, berusahalah dengan ikhlas demi sebuah kehidupan yang tidak kekal ini. Jika mempunyai lebihan rezeki, usah membazir mengikut kehendak dan berbelanjalah untuk yang perlu. Bahagian untuk keluarga, infak, dakwah dan Islam jangan pernah diakhirkan.

Usah terlalu hendak mengejar trend dan menghanguskan duit begitu sahaja. Simpanlah untuk masa depan yang kita tidak ketahui bagaimana. 

Salam sayang daripada saya, hamba yang berusaha mengejar impian. 



No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...