Wednesday 9 March 2016

REVIU BUKU: TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK (HAMKA)

# Assalamu'alaikum #

Karya cinta terulung sepanjang zaman, Tenggelamnya Kapal van Der Wijck tiada apa yang perlu diperkatakan lagi tentang kehebatannya. Bahasa yang indah ditambah dengan watak-watak yang sesungguhnya dekat di hati para pembacanya.

Sebenarnya...

Minat membaca novel sudah pupus lama daripada kamus hidupku. Seingat aku waktu yang aku betul-betul baca novel dengan khusyuknya ialah selepas tingkatan lima dan dalam fatrah (tempoh) awal diploma. Lama sudah tu woi...

Kini, setelah beberapa tahun berlalu dan aku sekarang berada dalam fatrah cuti sementara sebelum sambung pengajian semula, minat itu muncul semula. Tiba-tiba...

Terpandang novel ini di booth Buku Pojok di Karnival Karangkraf yang lalu. Tertarik saat jelingan pertama pada novel ini di rak. Dengan sepantas kilat tanganku mencapainya tanpa melihat isi dompet dahulu.

Okay! Cukup duitnya. Set!

Cerita cinta yang menjadi tema utama membuatkan aku lemah semangat. Aiyoo... Cinta ke? Terus lemah kangkung aku tau. Aku sejak dua menjak ini tak boleh go kalau cerita tentang cinta-cinta ni ha.

Tapi, disebabkan karya ini Prof Hamka yang tulis, aku kira beliau tidak akan tulis sesuatu yang tiada manfaat dan bagai angin lalu isi dalamnya.

Aku pun memaksa diri dan akhirnya ketagih!

Bahasa yang sungguh puitis dan jalan penceritaan yang menarik. Nama watak yang mudah disebut dan diingati. Zainuddin dan Hayati. Sungguh dekat di hati nama sebegini.

Kisah ini mengangkat kisah cinta sesama manusia. Di samping itu, tema adat warisan, kesopanan, keIslaman, ilmu dan semangat juga ditampilkan satu persatu dengan kemas.

Aku sangat tertarik dengan aktiviti balasan surat-menyurat yang diamalkan oleh watak-watak dalam novel ini. Iyalah, zaman dahulu tiada lagi e-mel bukan?

Keindahan bahasa dan tingginya amalan kesopanan dalam penulisan mereka. Hanya dengan membaca surat Hayati, Zainuddin sudah mengetahui betapa dinginnya sikap Hayati.

Memang 'masuk' ke dalam isi surat kalau ditulis dengan kena gayanya.

Kalau orang lain mengambil kisah cinta dua insan ini sebagai ibrah (pengajaran), aku lebih selesa untuk mengambil semangat Zainuddin yang bangkit akibat kekecewaan dalam percintaan.

Cuba bayangkan kalau Hayati tidak menolak cinta Zainuddin dan berkahwin dengan Aziz, kemungkinan besar potensi Zainuddin dalam menghasilkan hikayat-hikayat tidak dapat dikeluarkan. 

Sudah semestinya Zainuddin akan masih lemau mengingatkan kekasihnya, Hayati sambil termenung sahaja di sawah bendang.

Ah, betapa bersyukurnya engkau wahai Zainuddin! 

Manusia kalau dikecewakan ini akan mengalami dua situasi; bangkit semula atau terus lemah terjunam.

Pilihan yang salah akan mematikan manusia itu. 

Pengajaran yang aku ambil juga ialah betapa pentingnya sahabat yang baik dan saling memotivasi dalam sesuatu perjalanan kejayaan.

Lihat sahaja Bang Muluk yang setia di sisi Zainuddin sepanjang dia meniti sebuah kejayaan dan kemahsyuran sebagai sasterawan. Indah!

Terlalu banyak pengajaran yang dapat aku kutip dalam novel ini. Sesungguhnya kisah ini kisah yang realiti berlaku dan kemungkinan kitalah si Zainuddin dan Hayati itu.

Bagi yang belum membaca karya sepanjang zaman ini, bolehlah beli atau pinjam di mana sahaja. Cinta bukan cinta biasa. Ada sesuatu yang luar biasa. :)

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...