Thursday, 31 July 2014

kitakah orang yang menang itu?

08:36 Posted by Ukhti Mawar No comments
Assalamu'alaikum...

Selamat Hari Raya!! kullu 'am wa antum bikhair...

taqabballahu minna wa minkum

hari ini sudah hari keempat kita berhari raya.. menyambut kemenangan dan kegembiraan atas kejayaan menahan diri serta nafsu di bulan mulia, Ramadhan..

fikir sejenak

betulkah aku adalah orang yang menang itu? 

secara jujurnya, aku tidak berpuas hati.. ada lagi sisa tabiat lama yang sukar sekali dikikis.. begitu juga kamu semua bukan..? ada lagi yang masih bangun lewat untuk solat Subuh walaupun masa Ramadhan boleh solat on time..

ada lagi yang melanguk lagha depan televisyen menonton rancangan yang ntah hape-hape walaupun masa Ramadhan banyak masa dihabiskan untuk tilawah al-Quran..

rancangan eidul fitri yang melalaikan!

seriously aku cakap, kalau buka televisyen tu memang melalaikan.. sebab tu aku kalau buka tv akan terus tekan info.. cari mana yang memberi kebaikan.. pilihlah TV AL-HIJRAH, OASIS.. banyak manfaat.. kadang-kadang tv biasa pun ada rancangan yang 'berisi' gak..tapi peratusnya amat sikit.. 


amalan membaca buku diterapkan kembali.. setelah sebulan Ramadhan bahagian masa membaca buku digantikannya dengan al-Quran.. tapi jangan pernah kamu ketepikan kitab suci orang ISlam tu tau.. pandai-pandailah bahagikan masanya.. ambil peluang sambil tonton televisyen sambil baca buku.. macam mana? mari I ajar u olls..

kan kita duduk depan tv melopong, kalau iklan je capai buku baca semuka dua, kalau cerita sambung tutup dulu buku, pahtu iklan, sambung balik.. kan baguih tu, sambil menyelam minum air madu.. barulah memberi manfaat..

tak gitu?
 

 

0 comments:

Post a Comment