Friday 29 November 2013

cakap serupa bikin!!

                                  * assalamu'alaikum semua*





" wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu perkatakan apa yang kamu tidak lakukannya."

cuba baca 2, 3 kali maksud ayat di atas... hah! ada rasa kah? 


kalau rasa biasa je, itu ada maksudnya tu..kena cuci hati.. cuci karat-karat dan segala mende alah kekotoran.. najis atau pampers segala bagai.. basuh guna air zamzam.. jangan lupa gosok dengan berus kawat ye... *untuk diri sendiri paling utama*


wahai sahabat yang beriman sekalian, 

sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran memang ditujukan buat kita.. untuk kita jadikan petunjuk.. untuk jadi pedoman saat tersesat atau sedih.. tak caya?

cuba satu hari kamu sedang rasa very sad dan macam nak bunuh diri je.. (ganas sangat ayat!).. capai Al-Quran kamu yang sweet tu then bukak la mana-mana muka surat yang pertama.. insya Allah ayat first kita baca tu memang terus terkena dekat kita.. rasa macam orang sedang bagi nasihat pada kita je..* saya selalu terkena*

cuba dulu baru tahu..

[nak rasa oren tu masam ke manis, kena kopek dulu then rasa! hah, barulah tahu kan apa rasanya..]



saya ada satu cerita..

sudah 2 minggu berturut-turut kelas saya yang sweet lagi permai tu menjalankan aktiviti ceramah dan khutbah.. yang mana ikhwah berkhutbah dan akhawat bagi ceramah.. fuh! naik berasap telinga dalam 2 jam berterusan kena dengar khutbah dan ceramah.. masuk berebut-rebut itu ilmu dan peringatan.. thanks to all of them atas tazkirah yg superb!

mula-mula tajuk yang saya nak sampaikan adalah 'kita disapa zina!'.... asal-asalnya lah.. nak cerita pasal kita as pelajar Islam ni susah nak terjebak dengan zina.. nauzu billah min dzalik.. kita ada asal ilmu agama yang banyak melimpah ruah kan.. selalu kena basah dengan peringatan ustaz dalam kelas...  

tapi......

kita ada satu masalah.. apa dia agaknya masalah yang berat sangat tu?

ya! ZINA HATI!!.... saya sangat la takut dengan penyakit yang ini.. tersembunyi dan chantek rupanya.. sukar untuk kita cam dia.. sungguh menawan tertarik da bomb!

ini la yang ramai pelajar Islam kita terlepas pandang.. mereka terlupa yang bermain mesej sesama lain jantina adalah haram! sebab ia mendekati zina! memang tidak berzina tapi dekat dengan zina! amatlah takut dan menggigil tulis perkataan zina ni.. 

tapi, akhirnya saya menukar tajuk ceramah... atas dasar lebih diperlukan ilmunya.. 

" BAHAYAKAH TUNTUTAN COMANGO?"

of course sangat perlukan.. ramai orang tak tahu dan malas nak ambil tahu.. macam saya juga awal-awal tu.. saya merasakan ini adalah kerja orang atasan dan kerajaan saja.. rupanya kerja kita pun ada dalam memahamkan masyarakat akan isu ini.. 

sudah pasti orang kampung yang tiada internet tak tahu akan comango segala bagai ni.. so, kerja kita la as mahasiswa berwibawa untuk bagi tahu dan fahamkan mereka!

*banyak betul kerja kita eh*

berbalik tajuk asal entry ini ditulis.. kita cakap apa yang kita tak buat! sangat mengundang murka Allah jika kita segolongan ini..

kan kisahnya, kelas saya buat aktiviti ceramah tu kn.. berkhutbah tu kn.. 

sedang pak imam berkhutbah di depan, makmum termenung sekejap..

saya termenung dan terfikir.. ramai yang pandai cakap.. berbuih mulut cakap.. tersembuq air liuq berceramah bagai.. tapi amalkan tak? tapi buat tak? *takut la*

saya yang terutamanya berfikir, saya amalkan tidak apa yang saya katakan.. tak nak saya tergolong dalam orang di dalam ayat tu! makanya sahabat sekalian, perlulah kamu semua cuba sedaya upaya untuk mengamalkan apa yang kamu perkatakan.. agar yang mendengar senang untuk mengikutinya dan mengamalkannya..

cuba bayang!

si compang-camping lagi busuk berdiri di atas pentas dan berkat;

" sesungguhnya kebersihan adalah separuh daripada iman! jadilah kamu seorang yang menjadi kebersihan!"

hah, apa kamu rasa? jangan tipu..

perhatian: saya orang yang paling dekat dengan azab Allah jika tidak cuba untuk mengamalkan apa yang saya tulis ni.. sama-sama kita ye beramal!



1 comment:

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...