Tuesday 30 July 2013

gajet merosakkan!

                          :: Assalamu'alaikum para ibu, bapa dan penjaga sekalian ::


subhanallah... entry kali ini berbaur keibubapaan dan penuh kasih sayang.. huhu.. itu bukan bermakna si penulis mahu mendirikan tiang masjid dalam masa terdekat.. apatah lagi mendirikan tangga masjid.. amat jauh sekali..

entry ini terpanggil untuk ditulis setelah bergelumang dengan kehidupan kanak-kanak moden dan serba canggih.. sepupu sepapat yang berdozen di rumah nenek sudah sering kali kutegur sikap mereka yang terlalu bergantung pada tablet atau i-pad atau yang seangkatan empatsegibercermin itu.. untuk mengisi masa lapang mereka...



jujurnya.. aku tidak menggemari akan hobi itu..

bukan kerana kucemburu dek ketiadaan mende empatsegibercermin itu.. akan tetapi kurasa sudah cukup dengan empatsegiberpapankekunci ini.. i love my asus.. and hp yang dulu.. [banyak kenangan dengan encik hp hitam menawan yang telah kurehatkan di bilik]..

" bising adik ni. ibu nak buat kuih ni!"
" nah main game kat enset ibu!"

wah, penyelesaian anak-anak la ni.. kalau dulu penyelesaian buat anak-anak yang agresif mengacau di dapur adalah kebenaran untuk bermain di halaman rumah.. main pondok-pondok ke, main pasir ke, main galah panjang atau pendek, dan tidak ketinggalan permainan evergreen teng-teng!

tapi, sekarang sudah berubah kan wahai ibu bapa sekalian.. kusedar akan perihal itu.. [walaupun belum bergelar mama atau ummi atau ibu atau mamak..]

benar! munkin ada yang tidak bersetuju dengan tajuk entry ku kali ini.. tidak semua gajet mendatangkan keburukan.. ada kebaikannya... memang, aku pun setuju tentang itu.. semua benda atas muka bumi ini ada pro dan kontranya..!

*ini pendapat ikhlas diri ini*

menurut Dr Hushim Salleh dalam temubual bersama wartawan metro Ahad, Norainon Othman yang bertarikh 21 Julai 2013 berkata; 


media jika digunakan dengan betul memberi manfaat. sayangnya tanpa disedari, gajet juga menyebabkan kerosakan apabila anak yang masih kecil atau peringkat sekolah rendah melihat perkara yang tidak sepatutnya tanpa tapisan.

setuju tidak? lihat sahaja paparan youtube.. secara tidak sengaja dan dipinta paparan gambar tidak sepatutnya terjojol tak sengaja.. astaghfirullah.. ampunkan kami ya Allah!!

bagiku, ibu atau bapa atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan kanak-kanak itu harus bijak mengawal situasi..  gajet bukan penyelesaian.. 



yang kerajaan syorkan adalah satu rumah, satu komputer.. bukan satu rumah, beberapa i-pad atau tablet.. no!!!

sikap ibu bapa yang tercabar dengan sahabat mereka yang mampu untuk membelikan anak-anak tablet.. sikap untuk terikut-ikut dengan peredaran semasa tanpa memikirkan keperluan atau keinginan.. sikap saja-saja.. sungguh tak patut ditanam dan disemai dalam diri.. buang cepat..!

akhirnya, anak-anak sendiri yang hancur.. anak-anak terpaksa makan buka cepat-cepat untuk berkejar main game.. bergaduh dengan kakak atau adik hendak main mende empatsegi itu.. tak dengar nenek panggil untuk minta tolong ambilkan remote control.. bahkan adik mereka yang bongsu berumur 2 tahun lebih pun sibuk menjerit nak main i-pad.. huh.. sungguh kutak percaya..

lagi satu keburukannya adalah anak-anak la ni dah tak pandai bersosial dan bermasyarakat.. yelah, asyik duduk dalam rumah main empatsegibercermin itu.. sudah kurang budak-budak main di halaman rumah, naik basikal.. dulu, kami masa sekolah sibuk main lumba basikal la, main getah la, lompat tikus ke katak ntah.. semuanya luar rumah.. berpeluh!!

bukankah sepatutnya, ibu bapa mendidik anak-anak dengan iman dan akal.. bukan dengan nafsu.. penghayatan terhadap didikan agama amat penting.. bukan hanya menghantar anak belajar di sekolah agama tetapi sama-sama menghayati agama itu sendiri dan mengamalkan bersama di rumah..

ibu bapa harus bijak membahagikan masa untuk anak-anak bermain game.. sebagai contoh: lepas habis buat kerja sekolah, bagi main selama 20 minit.. cukuplah tu.. jangan sampai sejam pulak ye.. habis budak-budak tu..


mahukah ibu bapa berwibawa sekalian lihat bagaimana cara didikan anak yang digariskan Rasulullah saw??

Baginda mengajar kita untuk didik anak mengikut tahap dan peringkat..

1 tahun hingga 7 tahun: didik dengan kasih sayang, pelukan & belaian.
8 tahun hingga 12 tahun: kasih sayang juga, & ajar tentang akhlak, adab. Jadi sahabat buat anak-anak bercerita kisahnya.

dulu mama cerita yang bila aku balik dari sekolah, mesti membebel melaporkan kejadian di sekolah tadi pagi.. semua habis dilaporkan.. see.. kita sebagai ibu bapa kena bagi peluang anak-anak melaporkan apa sahaja tentang dirinya.. kalau penat sangat pun, bagi anggukkan pun sudah cukup bagus.. anak-anak rasa dihargai..

penyelesaian secara tradisional iaitu bacakan kisah Nabi & Rasul atau kisah teladan harus diamalkan semula.. nampak macam kolot tapi kesan lebih touching dan mendalam.. tidak percaya? percayalah.. lagi-lagi kisah yang ada dalam Al-Quran.. lagi sentap!

entry ini hanya pandangan peribadiku sahaja.. tiada terpalit pada mana-mana insan mahupun ngo dan kerajaan.. moga ada yang bisa dimanfaatkan ye!

[ syukran sebab sudi baca entry kali ini]






No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...