Sumber: Twitter PEMBINA Malaysia |
Terima kasih serikandi Palestin!
Aura jihad mereka sungguh membekas buat wanita Malaysia. Menutup aurat sempurna, semangat pertahankan negara dan ketaqwaan melebihi kita semua.
Ada yang kita boleh bantu mereka?
Ya, bantu mereka dengan tiru mereka.
Tutuplah aurat dengan sempurna. Sekecil jihad itu pun sukar untuk kita laksanakan, bagaimana mahu angkat senjata. Tutup ya, bukan balut atau salut.
Jagalah solat lima waktu dan amalan sunat kita. Perbaiki mana yang lompon dan lubang sini-sana.
Cakna juga isu semasa dan al-Aqsa. Gunakan mata hati dalam berkongsi. Membaca dan mengkaji sebelum sebar tanpa henti. Elakkan terlalu beremosi hingga lupa bahasa diri.
Takbir!
Kemenangan yang dinanti.
No comments:
Post a Comment