Thursday, 18 July 2013

5 PERKARA YANG BEST TENTANG UNISZA

:: Assalamu'alaikum sahabat semua ::



Disebabkan akak UM lihat di grup 'persatuan mahasiswa mahasiswi unisza' giat adik-adik baharu bakal menjejakkan kaki dan tangan di unisza bertanya itu dan ini, maka tertulis pula entry yang berbaur patriotik semacam pada unisza ini. Jangan menyesal dapat unisza tau! Memang UniSZA ini belum terkenal macam UKM, UIAM dan UM, tapi ranking UniSZA semakin menaik sekarang ini. UniSZA juga universiti ISLAM ketiga dalam Malaysia. Bangga tak bangga engkorang.

Syukurlah. Orang lain nak belajar kat U pun tak dapat. Tapi awak dapat. Cakap alhamdulillah sekarang. 

Good.. :)

Mesti yang belum pernah menjejakkan kaki ke alam menara gading merasa nervous kan? Biasalah tu. Asyik tertanya-tanya. Bagaimana life di sana? Nak keluar kampus ketat ke tidak undang-undang? Ada perkhidmatan baskah? huhu. Pertanyaan klise yang tidak pernah berkesudahan tu dik. Meh, akak UM nak share sikit pengalaman belajar dan hidup di unisza nun jauh di Timur ni. 

Negeri cantik, Budaya menarik!

Insya-Allah. Moga adik-adik baharu diberi kemudahan dan keceriaan untuk sama-sama memeriahkan unisza lagi. Syukur sekali lagi please.


Secara asasnya, jika adik-adik dapat tawaran belajar di UniSZA, awak perlu lihat kos apa yang awak terima. Ada 3 kampus kesemuanya. Kampus utama di Gong Badak, kampus perubatan di bandar Kuala Terengganu (dekat dengan pantai Batu Burok tau) dan kampus sains di Tembila, Setiu. Kampus Tembila baharu lagi. Agak jauh dari kampus utama. Dengarnya suasana di sana agak tenang dan nyaman. Banyak penambahbaikan fasiliti yang telah dan akan dibuat. Kakak pun belum pernah jejak ke sana. 


Untuk maklumat lanjut, boleh skodeng website rasmi UniSZA di sini



PERKARA BEST 1:  Senior paling alim dan tak menyakitkan hati. :) 

Jangan risau sangat la. Senior di unisza adalah yang paling superb dan baik tahap giant berbanding daripada universiti yang lain. Ini pemerhatian dan pendengaran kakak saja. Sebab banyak kes dengar kakak abang senior di ipt lain semua ada yang ragging masa orientasi bagai. Di UniSZA tiada pun. Kakak fasi pun sama-sama kecil, comel dan bajet muda macam awak saja nanti. Nanti orientasi mesti dorang akan buat pertandingan swafoto dalam Twitter. hahahaha. 

Semua alim saja. Sesi annoying dengan perangai dan pakaian hakak-hakak senior atau abang senior amatlah kurang ataupun tiada. Dahulu semua kebanyakan menutup aurat sempurna, tiada seluar jeans ketat dan tshirt pendek, walaupun hanya ke kafe. Tapi sekarang sudah berubah sedikit. Entah siapalah yang mulakan itu pakai jenas ketat ke kafe. Jika ke kelas, kebanyakan dan selalunya memang akan menutup aurat semua. Baju kurung, jubah, skirt dan blaus longgar. Abang lelaki pun sopan bajunya. Kopiah perkara biasa di sana. 


Tiada buli membuli dan pandangan sinis. Melainkan awak pakai baju lengan pendek dan seluar ketat memang kami akan pandang serong. 



program welcoming piknik utk adik baru diploma.


Antara senior yang baik, jual buku bermnafaat pada adik tau. 


PERKARA BEST 2: Kawasan kampus paling tenang dan damai. 

Tertanya-tanya bagaimana persekitaran unisza? Jangan terkejut ya. Di UniSZA, ada seluasan padang yang menjadi rebutan ramai untuk bersantai. Sangat menghijau macam New Zealand tau.. ada kawasan pokok-pokok besar dan tinggi untuk berteduh.. ada jalan raya yang ditemani pokok bunga di kiri kanan jalan.. sungguh menawan!!


kawasan tengah kafe baru. Speaker Corner jadi tumpuan untuk aktiviti pelajar. 


jalan utama yang pertama daripada pintu depan. depan sana ada roundbout




jalan utama yang kedua. sebelah kiri jalan ada dewan gimnasium




Ini rak di perpustakaan. Ceria je nak buat esaimen.

Ini padang New Zealand berlatar belakang foyer dan asrama lelaki.


masjid nan indah di waktu dhuha..

ruangan bawah perpustakaan




Surau setiap blok akan jadi tempat program, kuliah agama dan usrah.


lagi nak tahu apa? 




PERKARA BEST 3: Bagaimana kawasan kuliah..? Sekejap eh.. 

Gambar di bawah ini diambil semasa musim banjir tahun 2012.. Tahun pertama akak di UniSZA. Kenangan paling manis tau..!

lorong untuk ke blok khalid; lecterur fki

fakulti reka bentuk

fakulti 3P

Tapi maaf ya. Ini gambar yang diambil pada tahun 2012. Sekarang ada beberapa perubahan papan nama blok. Maklumlah logo sudah bertukar! Blok kuliah yang lain, kakak tak sempat ambil lah. Tetapi jangan risau sangat sebab dekat antara satu sama lain. Tidak perlu nak naik motor atau kereta. Kuruskan badan pun boleh. Hanya berjalan kaki sudah memadai. Semua pelajar yang duduk asrama akan berjalan kaki ke kelas (kecuali budak lelaki yang terlewat bangun).  


Untuk blok kuliah, kebanyakan blok di kampus Gong Badak seperti persekitaran sekolah. Alah, yang macam rumah pangsa itu (agak lejen sedikit lah). Macam asrama sekolah awak dahulu tu. Cuma ada beberapa blok yang cantik sedikit. Macam blok baru di bahagian depan bangunan Senat. 



Belakang itu blok baru (BA).



Ini dalam bilik kuliah lama. Comel pula semua. Ada yang dah beranak-pinak.



Ini kakak senior awak yang masih ada lagi. Gambaran kafe baru awak nanti.



Belakang itu bangunan senat dan urusan akademi bagai. 



PERKARA BEST 4: Ukhuwwah mantap!

Oleh kerana fakulti dekat antara satu sama lain, hubungan antara pelajar dan pensyarah boleh dikatakan kamcing la. Kalau dengan sesama pelajar tu kan, rasa macam kenal sahaja semua. Sebab asyik nampak muka yang sama saja. Di Mydin jumpa. Di perpustakaan jumpa. Di mana-mana pun jumpa. Ukhuwwah gitu!


Muka UniSZA di mana-mana. Hahaha. 



PERKARA BEST 5: Tiada orang kacau. (untuk wanita)

Satu hal yang menarik lagi di unisza ni. Jarang sekali kalau nak tengok budak lelaki kacau-kacau budak perempuan. Untuk suweet-menyuweet memang amat rare di sini. Kalau ada pun tu yang memang tak tahu malu punya orang. Rasa selamat ok! Student lelaki tunduk saja kalau nampak perempuan. Hehehe...


Itu dahulu. Tetapi baru-baru ini, eh tidaklah baru sangat. Masa kakak pergi semula ke kampus GB untuk majlis konvokesyen, ada sekumpulan pelajar lelaki dalam kereta suweet kami masa sedang berjalan ke pesta konvo. Herm, kami syak itu adik baru mungkin yang hilang adab sopannya. 



"Kakak nak konvo sudah, dik. Awak tu perlu belajar rajin-rajin untuk masa depan."

Wahai adik-adik baru, kakak nak bagi nasihat ni..

Bersyukurlah kalian dengan segala nikmat yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. Walaupun yang kita dapat itu bukan pilihan kita. Mahu yang lain tapi dapat yang lain.

Jangan marah dengan Allah...! Kufur nanti. Allah s.w.t yang menciptakan kita. Maka Dia lebih tahu mana yang sesuai dengan jiwa kita. Mungkin kita rasa kita tidak sesuai dengan kos tersebut, tetapi rupanya kos itu yang membawa manfaat kepada kita dan orang sekeliling. Insya-Allah. Belajar untuk redha dan syukur. 

Macam kakak sendiri, sejak kecil menginginkan belajar di UM. Universiti Malaya. Sudah dapat interview pula di UM tu untuk masuk ke kos yang sangat diminati. [dirahsiakn kos itu..huhu].. tetapi tak dapat pun. Sedih sangat. Sudahlah yang hadir 7 orang calon sahaja, pastu akak tidak dapat. Habis, siapa yang dapat? Dalam kelas dorang ada berapa orang agaknya ya? Tertanya juga kakak.

hish..pelik..pelik.. tapi, duduk-duduk fikir semula...

Kenapalah aku dicampakkan sejauh UniSZA???? [pejam mata]

Setelah setahun di unisza, barulah kakak sedar dan tahu yang ada hikmah Allah yang Maha Besar campak akak di sini. Banyak sangat...! 

  1. Famili kata: "kalau ko tak masuk sini, mesti kitaorang tak akan pergi jalan-jalan ke ganu ni!"
  2. Jiwa sesuai dengan kawasan kampung-kampung. Kakak tak suka bandar sangat macam ukm. Sesak!
  3. Tidak dapat kos yang diminati. Mungkin nak kakak bawa perubahan dalam bidang syarie sekarang... ameen..
Dan hikmah yang terbesar adalah... kakak dicampak untuk menjadi salah satu butir tasbih pergerakan dakwah di bumi UniSZA ini. Memang sangat besar hikmahnya. Mungkin kalau kita masih di tempat lama kita akan masih kekal dengan perangai lama. Tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Syukurlah! Allahu Akbar!!

Itu kakak yang jubah biru tengah forum. Dulu takut mikrofon tau. Sekarang takut lagi juga. 

Hah, hebat bukan susunan Allah. Cuba adik duduk sekejap. Fikir sejenak. Mesti ada sebab setiap apa yang berlaku. Percayalah..! 


bilik kuliah... [ kongres pembina]


Nak tengok bas UniSZA. Santek sangat!!!

merah..merah..delima..


Siswi nak sukan pun okay saja. Tak bercampur. Belakang itu asrama lama perempuan.

Tempat feveret semua siswa 



Ape lagi. Jom masuk UniSZA. 

Jumpa di UniSZA nanti adik-adik baru. Ingatlah adik, apa yang penting bukan di mana kita belajar, akan tetapi ilmu apa yang kita pelajari. 

Kalau yang masih tercari-cari untuk aktif berpersatuan dan mencari sahabat baik yang soleh, jomlah beraktivisme bersama PEMBINA uniSZA dan kelab PEMBINA UniSZA. Pasti tidak akan leka!  

Selamat datang ke UniSZA!!!

[ syukran sebab sudi baca entry kali ini]

70 comments:

  1. huhu,,,baik kakak...sedihnya baca...macam tahu je apa yg sy rsa skrg ni...dlu xprnh pn tringin nak tahu sal unisza,pakai masok ja actually,adik2 skrg,mcm2 dpa tnya...bahagia je tgk...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sedeh2 adik.. insya allah..moga rasa 'izzah dengan tempat kita belajar dapat membawa dakwah unisza terpacu laju ke depan...

      Delete
  2. Salam kak, dalam kos agama, cobtoh dakwah, quran dan sunnah di ajar dlm bahasa arab atau bahsa malaysia?

    ReplyDelete
  3. Walaikum salam dik. Untuk fakulti Pengajian Kontemporari Islam, kos seperti Syariah, Dakwah dan Usuluddin memang guna kita Arab kebanyakkannya. Kecuali subjek English dan beberapa subjek wajib universiti dalam bahasa Melayu.

    Tapi, dalam kelas ustaz ajar dalam bahasa Ganu. hehehe

    ReplyDelete
  4. untuk diploma pun sama tau. Tapi diploma ada kos AQSA; Al-Quran & Sunnah. Degree tiada kos ni.

    ReplyDelete
  5. Brp kos diploma kt UnisZa utk pengajian Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepengetahuan saya empat kos (Syariah, al-Qur'an dan sunnah, Usuluddin, Pentadbiran Islam & IT). Tak pasti pula kalau ada lagi yang terbaharu.

      Delete
    2. Dakwah .. Syariah pun ada ..

      Delete
    3. Dakwah .. Syariah pun ada ..

      Delete
    4. Ya! Terlupa pula kos dakwah. :-) syukran annur tambahkan.

      Delete
    5. Pnambahan info kak UM,Diploma bhasa dan sastera arab,diploma sejarah dan tamadun islam,

      Delete
  6. Best belajar kat UniSZA . Saya dah :) anda bila lagi ? Hehehehehe. Release tension je pergi pantai, makan ICT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Banyak boleh relaks minda tanpa hiburan melalaikan. Semuanya alam semulajadi.

      Delete
  7. Best belajar kat UniSZA . Saya dah :) anda bila lagi ? Hehehehehe. Release tension je pergi pantai, makan ICT..

    ReplyDelete
  8. Wow....bezanye kusza dulu..dgn unisza..da naik taraf ek..untungla generasi baru...bas pun byk..kami x merasala dulu...tp.kusza@unisza right now..the best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Aura tetap sama kan kak NurinMadihah? Sentiasa terbaik di hati.

      Delete
  9. assalamualaikum hakak, saya nak tanya, jika nak masuk ke unisza ni, kena jurusan agama ke sejak sekolah menengah lagi? mohon penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam dik. Nak ambil jurusan Pengajian Islam ye? Kalau diploma tu mesti ada ambil aliran agama kot. Kalau degree ada yang masuh ikut STPM, dan mereka pun memang ada ambil aliran agama. Tak sure pula akak. Boleh cuba contact pihak pentadbiran unisza atau rikiweb dorang. :)

      Delete
  10. dan lagi satu, boleh nyatakan senarai subjek yg mesti kredit untuk sambung ke unisza ni (saya nak ambil bidang agama islam). terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang subjek asas macam biasa mungkin dik. Tak pasti akak. Boleh try call pihak akademik untuk bertanya lanjut tu. huhu.

      Delete
  11. Assalamualaikum akak. Kos degree in Islamic finance berapa semester ye? Pointer stpm sekurang2nye berapa ye? Saye lepasan stpm 2016.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaiki salam dik. Tak pasti akak pula berapa pointernya. Boleh terus ke web unisza atau call pentadbiran. :)Good luck dik!

      Delete
    2. 4 tahun tak silap untuk islamic finance, kalau ada short sem boleh pendek sikit. Huhu. Maaf jika tersilap maklumat.

      Delete
  12. Salam,
    Kalau untuk ijazah syariah, biasanya result JJ peluang untuk dpt tu high possibility ke? Pilihan pertama upu. Spm scores all A's for agama subjek. Mohon jawapan. Thanks.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Ops. Sorry. Jayyid Jiddan. STAM leavers :)

      Delete
  14. assalamualaikum.. nak tanya, sye lepasan spm 2016 dan tidak mempunyai bahasa arab.. boleh tak kalau sye nak mohon diploma pengajian islam(syariah) di unisza ni? agak2nye diterima tak

    ReplyDelete
  15. Assalam.. mmg semua bidang pengajian islam kt unisza kena bljr dlm bahasa arab ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok subjek juga. Bukan semua dalam Arab.

      Delete
  16. assalammualaikum, saya mohon diploma sains kejururawatan dan fisiotrapi di Unisza.Di SMK saya cuma ambil pendidikan islam so kat sane agak2 kene ambil subjek agama yang macam mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau FSK x prlukan subjek arab, kecuali FKI dan Diploma Undang-Undang Je yg memerlukan arab

      Delete
  17. salam akak terima kasih... macam sama je situasi kita.. hehehe (sejenis nak ke UM jugak) Alhamdulillah Allah jentik hati saya melalui tulisan akak.. Allahurabbi terima kasih buat sekian kalinya

    ReplyDelete
  18. Huhu.. kak rase mcm nk masuk je unisza ni.. harap2 dpt ler.. Aaminn..
    Cpt la kuar result SPM dgn cemerlang.. Aaminn

    ReplyDelete
  19. Berapa anggaran perbelanjaan utk diploma pengajian islam

    ReplyDelete
  20. Kalau amik pengajian islam dan teknologi maklumat , nnt degree nak smbung ap kat unisza ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yang sambung Syariah kalau tak silap lah.

      Delete
  21. Brpa anggaran yuran tuk spjg 5 sem (program diploma)

    ReplyDelete
  22. Suka baca mengenai U ni. Tapi kalau ada Art & Design bawah Islamik kan best. Belajar khat ke dll. Tapi malang, kat Malaysia mana ada bidang Art & Design Islamik ni. Tak wujud pun kut. Takde ke buat suatu perubahan untuk mereka yang nak kos seni but at the same time dimasukkan dengan bab agama. Btw, harap semuanya dipermudahkan. Nak sangat dapat U suasana macam ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca cadangan awak ni pun sudah rasa best tau! D UIA tiada eh kos macam tu?

      Delete
  23. As Salam dik tmpng tnya bg phak ank...diploma perakaunan bahasa pengantar dlm BM ke BI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam puan. Bahasa pengantar UniSZA adalah Bahasa Melayu. Tapi buku biasanya dalam English. Ikut kos juga.

      Delete
  24. As salam Kak, nak tanya selepas Diploma Sains Kejururawatan if nak sambung degree nak course apa ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Iffah. Alamak tak mahir pula bab kos Sains ni. Dapat UniSZA ke ni?

      Delete
  25. Assalam kak klu pengajian islam (sejarah dan tamadun islam) agk2 brapa tahun yaa study?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Shaf! Hehe baru terbaca komen ni. Dah tahu kan? 2 tahun setengah tak silap.

      Delete
  26. Assalam kak..doakan saya dapat sambung degree dekat unisza..saya letak unisza pilihan pertama dekat upu..huhu

    ReplyDelete
  27. Assalam kak nak tnya pakaian formal seperti blazer wajib ke? And bahasa asing ada belajar bahasa apa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah akak baru perasan mesej awak. Dapat UnisZA ke tu? 😊

      Delete
  28. assalamualaikum akak, memang diploma dua tahun ke or dua tahun + 1 tahun(practical)

    ReplyDelete
  29. Waalaikum salam izzah �� akak tak sure yang latest ni. Nanti akak konfemkan dengan senior yang ada. Kalau ada no contact boleh akak roger balik nanti

    ReplyDelete
  30. PhD bidang ekonomi Islam ada tak?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum akak, kalau saya teringin nak ambil kos kesihatan haiwan. Perlu ke belajar bahasa arab sekali?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum akak, kalau saya teringin nak ambil kos kesihatan haiwan. Perlu ke belajar bahasa arab sekali?

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum akak, kalau saya teringin nak ambil kos kesihatan haiwan. Perlu ke belajar bahasa arab sekali?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum... dulu masa akak amik diploma ni untuk elaun bulan -bulan & biasiswa tu macam mana nak dapat yer? akak tahu tak?

    ReplyDelete
  35. maaf bertanya akak, akak kerja apa sekarang? sebab saya pun teringin nak masuk unisza ni..

    ReplyDelete
  36. assalam kak if kita ambik corse pngajian islam dgn teknologi maklumat dia dalm arab ke?

    ReplyDelete
  37. Budak2 degree ada disediakan kampus jugak ke?

    ReplyDelete
  38. Asslam kak,klau nk ambil course pengajian bank tpi masa spm tak ambil subjek addmath dgn akaun bleh ke ?and pengajian bank ni susah tak

    ReplyDelete
  39. Macam mana nak apply masuk sni

    ReplyDelete

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...