Tuesday, 25 May 2021

Reviu Buku: Why We Want You To Be Rich; 2012

 

Salam!

Sejak freeze beberapa minggu dengan media sosial, Fana mula capai buku semula. Beberapa kali berdiri depan rak buku, tengok kotak mana yang bukunya belum baca lagi. Kebanyakan buku belum baca adalah buku yang berada dalam kotak Big Bad Wolf huhu. Buku yang dibeli time sales BBW masa belajar dulu. 

Iyalah, zaman dulu kan ada baucar buku RM250 tu. Itulah masanya beli buku apa yang kita suka. Pastu berlagak nak beli buku English konon, hamek kau. Dah lebih 5 tahun tak sentuh pun buku-buku tu. 

Okay, hari ni Fana nak share buku yang Fana ambil ni. Muka depan saja omputih, dalamnya bahasa ibunda kita hehe. Idok ler Fana nak baca buku omputih. Pening kepala. Ya, ini kelemahan Fana. Bab omputih outt! Tengok movie Turki dan Korea buat English Fana better. Baca subtitles sis!

Berbalik kepada buku ini, dapat sekali imbas macam membosankan. Warna hitam, tajuk pun macam bisnes-bisnes korporat. Tapi entah kenapa teringin nak baca. Rupanya sekali buka buku ni, jauh panggang daripada api. 

Jujur Fana cakap, buku ni tak ajar bisnes langsung. Tak ajar macam mana nak kaya dan ada banyak duit. 2 penulis terkenal ni, ajar kita macam mana kita nak pandang ke depan. MASA DEPAN. Walaupun banyak view yang diberikan berlatar belakang Amerika dan Eropah, tapi sangat dekat dengan kita juga. Ada mirip-mirip. 

Kata Trump dan Robert, dunia sekarang bukan ada 3 golongan. Sekarang tinggal 2 sahaja. Golongan KAYA dan MISKIN. Golongan SEDERHANA sudah semakin pupus. Mereka yang kaya semakin kaya, mereka yang miskin semakin miskin. 

SUBSIDI

Bukan orang Malaysia saja suka dan dambakan subsidi sepanjang hidup, orang Amerika rupanya lebih teruk lagi. Kalau kita dahagakan Bantuan Prihatin, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan pencen, mereka juga begitu. 

Donuld Trump kata, Amerika diambang muflis dan musnah sebab negara kena sara orang pencen dan jaga orang tua. 

Kita masa muda tak fikir nanti kita tua macam mana? Kita lebih selesa harapkan orang lain yang bantu kita untuk terus hidup. Berbanding kita fikir macam mana kita nak teruskan hidup tanpa bergantung pada orang lain masa kita usia lepas pencen. 

Sebab tu orang tua suka suruh anak kerja kerajaan. Masa tua terjamin kata mereka. Ah gittuw. 

PELABURAN

Kita kan kalau melabur, kita akan pilih cara melabur yang takkan rugi. Mereka bawa persoalan, kenapa tak pilih method melabur yang akan untung besar? Kenpa sibuk nak fikir tentang rugi, patutnya kita fikir untung. 

Cara kita berfikir tu tak BIG. Mereka tunjuk cara berfikir yang betul. Mereka tak ajar melabur macam mana. Tapi melabur untuk apa. 

Semua orang nak kaya kan? Okay, nak kaya untuk APA? Bukan "Aku nak kaya. Bagaimana mahu kaya?"

Sama lah macam dalam hidup kita. Kita suka tanya macam mana dan bagaimana. Jarang kita duduk fikir, kenapa dan mengapa. Kenapa aku nak buat tu? Mengapa dan apa tujuan aku buat begitu? 

Manusia suka labur wang untuk jadi kaya. Labur di banyak tempat katanya akan banyak pulangan. Lebih berhasil. Rupanya pelaburan yang kita kena buat adalah masa, bukan wang. Masa untuk tuntut ilmu kewangan dan belajar. Jika ada ilmu, pasti semuanya akan okay. Kita lebih bijak dan melabur dan bisnes. Apatah bila buat keputusan. 

Pelaburan MASA mendahului pelaburan WANG. 

KAWALAN vs MENANG

Untuk menang, kita perlu mengawal, bukan dikawal. 

Melabur dengan ilmu dan bisnes akan lebih menguntungkan daripada melabur dalam unit amanah saham dan serah bulat-bulat kepada perunding mereka. 

Jika kita dapat mengawal keputusan dan tindakan kita, kita akan lebih untung. Ya, mungkin akan rugi, tetapi masih dalam tangan kita. 

...

Antara ilmu best yang Fana dapat daripada buku ni adalah kita kena FOKUS BENDA YANG KITA MINAT. Robert dan Trump memang suruh kita buat benda yang kita suka, minat, berbakat. Ini kunci kejayaan seseorang dalam satu bidang. 

Robert dan Trump kedua-dua minat bidang hartanah. Mereka cari ilmu, belajar dan cuba pelbagai method dalam bidang itu. Lihatlah kejayaan mereka sekarang. 

Bijak meramal masa depan pun antara yang Fana paling ingat dalam buku ni. Merenung apa peluang yang ada, kekurangan dalam dunia sekarang dan apa yang akan terjadi pada masa depan. Skil ni boleh jadikan kita cepat bertindak pada masanya sudah tiba. 

Fana sarankan uolls baca buku ni. Takyah tengoklah perangai Trump yang zalim tu huhu. Kita ambil ilmu di sisi lain yang dia ada. 

Seronok kan? Sangat buka mata bagi yang baca dengan mata hati. 

Kbai!


No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...