Sunday, 16 June 2013

Perang al-Fath

   :: Assalamu'alaikum sahabat sekalian ::

hari terus diisi dengan mentelaah buku dan nota dek kerana minggu final exam.... baca..tulis.. baca..dan tulis lagi..

jom kita refresh minda dengan sirah nabawiyah yang sentiasa segar..!

nak cerita pasal apa ye hari ini??? hah, perang nak...

ok! hari ini dahku pilih tajuk ' GHAZWAH FATH' ... tak pernah dengar ke....

jom kita hayati bersama...

Ghazwah al-Fath merupakan peperangan pembukaan kota Makkah. Ia berlaku pada bulan Ramadhan, tahun ke 8 hijrah.

Peperangan ini berlaku disebabkan dengan berlakunya peristiwa di bawah;

~ perdamaian Hudaibiyyah membolehkan mana-mana kabilah arab melakukan pakatan dengan Rasulullah SAW jika mereka mahu. Mereka juga bebas melakukan pakatan dengan Quraisy. Bani Bakr telah bersetuju untuk melakukan pakatan dengan Quraisy, sementara Khuzaah bersetuju melakukan pakatan dengan Rasulullah SAW.

Pada tahun ke-8 hijrah, Bani Bakr melakukan pencerobohan ke atas Khuzaah. Mereka membunuh kira-kira 20 orang lelaki daripada Khuzaah. Quraisy turut terlibat membekalkan harta dan senjata kepada Bani Bakr.



Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda berasa amat marah, lantas mempersiapkan tentera Islam untuk memerangi Quraisy. Namun baginda tidak mahu memberitahu orang ramai hala tuju tenteranya, supaya Quraisy tidak bersiap sedia. Jika Quraisy membuat persediaan menghadapi tentera Islam, ia akan mengakibatkan kehormatan Tanah Haram tercemar dan serata ceruknya akan dipenuhi cebisan mayat-mayat (ramainya yang terkorban).

Hatib bin Abi Bataah al-Badariy telah mengutuskan surat secara rahsia ke Makkah, memberitahu penduduk Makkah berkenaan kedatangan Rasulullah SAW untuk menyerang mereka. Namun Allah SWT telah memberitahu RasulNya tentang perihal surat itu. Baginda menghantar beberapa orang sahabatnya mengejar wanita yang membawa surat itu untuk memeriksanya. Mereka akhirnya menemui surat itu.





Oleh itu, Rasulullah SAW memanggil Hatib, seraya bersabda: "Apa yang mendorong kamu melakukan perbuatan ini?". Hatib menjawab: "Wahai Rasulullah, demi Allah, aku beriman dengan Allah dan RasulNya. Aku tidak akan berubah atau menukar imanku. Namun, aku seorang lelaki yang tidak mempunyai asal-usul dan hubungan kekeluargaan dalam kaum itu (Quraisy). Sedangkan aku mempunyai anak dan keluarga yang tinggal dengan mereka. Oleh itu, aku berlagak baik dengan mereka untuk keselamatan kaum keluargaku."

Lantas Umar berkata: "Wahai Rasulullah, biarkan aku penggal lehernya. Sesungguhnyaa lelaki ini munafik!" Rasulullah SAW berkata kepada Umar, "Dia telah terlibat dalam perang Badar. Kamu tidak tahu boleh jadi Allah memerhati ahli-ahli Badar, lalu Dia berfirman: "Lakukanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya aku telah mengampunkan kamu."





Rasulullah SAW telah bertolak daripada Madinah pada 10 Ramadhan. Dalam perjalanan tersebut, Baginda telah berbuka puasa. Tindakan tersebut diikuti oleh orang ramai, ekoran kepenatan dan kesusahan yang mereka hadapi dalam perjalanan. Bilangan mereka ketika keluar dari Madinah seramai 10 000 orang. Dalam perjalanan beberapa kabilah Arab bergabung dengan mereka.

Ketika di Marr az-Zohron, pengawal-pengawal Rasulullah SAW terserempak dengan Abu Sufian bersama 2 orang temannya. Lalu para pengawal baginda menahan dan membawa mereka menghadap Nabi SAW. Kemudian Abu Sufian memeluk Islam.

ikuti kisah selanjutnya....

:: syukran sebab sudi baca entri kali ini::

*sumber:Sirah Nabawiyah Nabi Muhammad SAW; pengajaran &pedoman oleh Dr. Mustafa Sibaie 

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...