Monday, 7 January 2019

Hello 2019!

Setelah berbulan lamanya tak menulis di sini, hari ini baru rasa mahu menulis sesuatu. Hari tu masa nak renew domain bukan main lagi serabut bagai, sayang rasanya tak renew, tapi malas menulis. Sama sajalah Fana oi. Buang duit saja kalau tak penuhkan medan yang ini. 

Alhamdulillah sudah seminggu masuk tahun baharu, 2019. Pelbagai kenangan telah kita tinggalkan dalam 2018 yang penuh dengan pelbagai rasa. Pahit, manis, masam masin semuanya bercampur dengan sebati. 

Mana kenangan yang manis, kenanglah ia berterusan, mana yang pahit itu simpanlah erat-erat agar tinggal sebagai kenangan sahaja. Kenapa tidak dibuang? Oh bukan semudah yang disangka ya untuk buang kenangan pahit. 

Tahun 2018, merupakan tahun paling mencabar segenap segi sisi kehidupan Fana. Dari segi kewangan, kerja, perhubungan, keluarga dan semuanya lah. Tapi alhamdulillah tahun lepas juga tahun terbaik konsisten bayar PTPTN dan simpanan KSWP RM100 tiap bulan tanpa culas. Punyalah struggle tau. 

Sudahlah gaji dapat cash di tangan, duit PTPTN ditolak secara auto-debit dari Maybank online. Fuh, tiap akhir bulan memang tak boleh lupa untuk pastikan cukup RM200 dalam bank untuk ditolak setiap 28 hari bulan. 

Duit KSWP Fana join yang i-suri tu. Sebab tiada majikan dan buat caruman secara sendiri. Mama-lah antara orang yang menyedarkan Fana yang walaupun kerja sendiri, KWSP penting untuk masa tua kelak. Adalah bekalan buat kita nanti. Biar simpan sikit, janji ada konsisten tiap bulan. RM100 tu kira banyak tau sebenarnya untuk yang kerja sendiri. Huhuhu. 

Insya-Allah tahun ini akan teruskan caruman RM100 setiap bulan dan nak mula simpan emas. Masih dalam proses membaca dn kaji tentang bidang ini. Tahun ini juga Fana akan konsisten simpan dalam Tabung Haji sama macam Fana buat untuk KSWP. Fana nak cuba RM100 jugalah. Target tahun ini memang nak daftar haji. Doakan tau!

Beberapa azam tahun lepas terkandas, nampaknya ada yang azam tu tak relevan dan ada yang masih dibawa ke tahun ini. Kena positif dan sangka baik dengan aturan Allah SWT. DIA akan beri yang terbaik buat hamba-Nya. 

Tahun ini kena bersungguh hafaz juz 29 & 30 nampaknya. Patutnya juz 30 tahun lepas punya azam. Herm banyak sangat main-main kan, tahun ni kena taubat dan serius sikit. Bacaan harian pun tahun lepas sangat teruk. Banyak sangat baca Facebook, jadi musnah segala aktiviti membaca buku fizikal. Tahun ini nak perbaiki dan belajar untuk fast reading. 

Moga Allah beri kebahagian untuk Fana dan keluarga tahun ini. Tak sabar rasa nak tunggu rumah kami siap tambah. Tak sabar nak besarkan kelas Tuisyen Himmah. Pelajar makin ramai ni. Perlukan ruang yang lebih selesa. 

Teringin sangat pergi Bosnia tau. 

"Aku serah seluruh hidupku untukMu. Kau berilah yang terbaik buatku yaAllah."

-FZ: 07012019-

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...