Ini kisah kelmarin, kelas Selasa petang untuk tahap 2. Kelas ke-2 mereka untuk tahun 2019. Nampak bertenaga dan kurang hyper macam tahun lepas.
Kisahnya begini.
Sebenarnya mereka ini seawal darjah 3 sudah mula hafal vocab BI. Tapi belum ditekankan sangat pada usia itu. Bila masuk darjah 4 dan 5, memang cikgu kecil akan tekan dan serius bab menghafal vocab ini.
Banyak kelebihan tau kalau kalian nak tahu. Mereka dapat tambah bank memori perbendaharaan tanpa perlu buka kamus. Itu kalau dia ingat lamalah perkataan yang telah dihafal. Isunya adalah asyik lupa memanjang. Kelmarin itu adalah hari ke-2 mereka hafal anggota badan.
Gambar ini bukan sebab kena denda. Tapi cikgu kecil tukar gaya menghafal mereka. Bila suruh hafal sambil duduk macam orang lain, bukan main lagi mereka berdua bersantai dan tak fokus. Pelajar lain sudah masuk ke halaman ke-2, mereka berdua masih di halaman pertama tak sudah. Kumat-kamit buat-buat menghafal padahal otak tempat lain.
Kenal sangat sudah perangai tang buat-buat hafal itu. Sudah masuk tahun ke-2 belajar dengan cikgu nak oii.
Apalagi cikgu pun naik anginlah. “Awak berdua ambil buku sini. Seorang berdiri hadap tingkap, seorang berdiri hadap rak buku. Hafal sampai boleh.”
Selang beberapa minit, mereka pun sudah menghafal halaman pertama tersebut. Disulami sedas dua rotan ala-ala manja. Alhamdulillah boleh pun hafal guna kaedah satu kotak satu kotak.
Aha!
Boleh sebenarnya. Sudah mata dok perhati orang lain, cuit sana-sini, manalah boleh nak menghafal. Kasi tukar gaya, baru jalan sikit.
Kesimpulannya, setiap anak ada kemampuan berbeza. Ada yang kita biarkan buat kerja sendiri pun boleh siap tiptop dan fokus. Ada yang kita perhati jegil mata pun masih tersengih tak serius.
Kitalah sebagai orang dewasa yang kena bijak try and error pelbagai kaedah sampai jumpa yang terbaik. Dan sabarrrr. Insya Allah usaha kita berbaloi di garisan penamat.
Farhana Zali
Cikgu yang Sangatt Penyabar. 🤮
#certotcikgukecil #tuisyenhimmah

No comments:
Post a Comment