Assalamu'alaikum semua!
Selamat Hari Raya! Maap Zahir Batin ek!
bukan sebarang buku tau |
JUDUL BUKU: MEMBONGKAR RAHSIA DUNIA MELAYU PRIBUMI ASIA
TENGGARA [MENJAWAB KEKELIRUAN SEJARAH]
NAMA PENULIS: SRIKANDI,
IBNU RUSYDI & AL-SEMANTANI
TERBITAN: HIJJAZ RECORD PUBLISHING
HARGA: RM 39.90
Aku bukanlah jenis manusia yang
gemar apatah lagi minat akan sesuatu yang bernama sejarah. Subjek sejarah. Buku
sejarah. Ensiklopedia sejarah. Filem sejarah. Semuanya tentang sejarah. Buku
tebal lagi tidak menarik kaver bukunya! Kalau tentang sastera lain pula
ceritanya bagiku. Namun seiringan usia yang semakin berkurangan ini dan
pemikiran juga dalam perjalanan untuk matang masak ranum, hal itu tidak berlaku
lagi. Sejarah semakin dekat dihatiku. Semakin aku sayangi. Tambahan lagi jika
sejarah bangsa sendiri dan monument terkenal di seluruh dunia. Sejarah kini
intim bersamaku! Ewah… ewah bule..
Buku
hebat ini sememangnya membangkit aura anak jadi Melayu dalam diriku. Aku
manusia kacukan Melayu, Jawa dan Bugis sudah semestinya darah persisan kulit
gelap melekat dalam sanubari dan fizikalku. Ke’kasar’an dalam pergaulan manusia
yang berbangsa Jawa, gemar berkiasnya manusia bernama Melayu dan bangsa Bugis
yang tidak berapa kukenali (kampungku adalah kampong Jawa). Hebat! Tiga blogger
ini bijak dalam mengolah fakta-fakta sejarah yang sulit ke dalam bahasa yang
mudah difahami. Tidak kusedar buku setebal 303 muka surat boleh kuhabiskan
hanya dalam tempoh aku uzur syarie ketika bulan Ramadhan yang lepas. Siapa kata
wanita yang uzur syar’ie tidak boleh melakukan amal ibadah. Membaca salah satu
daripadanya! Menuntut ilmu kan. J
gambar-gambar dan ilustrasi menarik lagi minat untuk meneruskan pengembaraan.
Kertas buku yang sangat berkualiti sepadan dengan harga yang ditawarkan.
Buku
ini mempunyai 12 bab yang menarik. Melayu dan kelompok besar Austronesia, Sejarah
Melayu dalam bukti prasasti dan rekod antarabangsa, Melayu dan orang Asli,
Indianisasi budaya Melayu, Pengaruh Melayu di Sri Lanka, Siapa Temagi?
Kekeliruan antara Thai dengan Sri Dharmaraja, Penghijrahan di alam Melayu,
Bahasa Melayu bahasa pemersatu, Hang Tuah berketurunan Cina?, Keris senjata
warisan nusantara, Senjata api di alam Melayu dan bab terakhir Melayu dan
Austronesia: Viking Timur Jauh. Sangat menarik bukan? Sudah semestinya sebagai
anak jati Melaka bab berkenaan Hang Tuah menjadi bab pertama pilihanku untuk
memanaskan minda yang karat sejarah ini.
Aku orang yang jenis suka membaca
sesuatu mulai daripada belakang dan suka hati mahu bab yang mana dahulu. Entah
kenapa begini tidak dapat dikenal pasti. Sejak azali kot. Bab ini merungkai
kemitosan Hang Tuah yang menjadi bualan ramai orang. Wujudkah manusia bernama
Hang Tuah itu? Bagaimana dengan Hang-hang yang lain juga?
Walaupun
secara jujurnya banyak perkataan yang sukar untuk disebut apatah lagi untuk
kufahami. Ada yang baru pertama kali aku mendengarnya. Austronesia. Sri
Dharmaraja. Proto-Deutro. Maguidanao. Dharmasokaraja. Dan dalam buku ini juga
ada menyebutkan tentang kehebatan Srivijaya yang kita belajar sewaktu zaman
sekolah dahulu. Sesungguhnya aku memang takjub dengan kehebatan orang melayu
pada zaman dahulu. Mereka bijak dan berani. Belayar ke sana ke mari dan
berdagang dengan masyarakat antarabangsa.
Jika
kita sangat masyhur dengan nama Ibn Battuta sebagai pengembara Islam yang
hebat, Panglima Awang atau Hitam atau Henry the Black yang berasal
daripada keturunan Melayu juga tercatat dalam sejarah kehebatan ilmu
pelayarannya. Namun nama Hitam ditenggelami dengan nama El Cano kerana Hitam
bukan berbangsa Sepanyol! Ikuti kisah menginspirasikan Hitam dalam bab terakhir
dalam buku ini. Katanya orang Melayu
mempunya psycho-navigation yang seakan six sense la. Tanpa kompas
dan waze pun mereka mampu belayar. Sebab itu kita kadang-kadang mampu memandu
kereta tanpa alat bantuan tapi sampai ke destinasi dengan selamat. Psycho-navigation
la tu. Hehehe…
punyalah tak pandai edit gambau.. belasah je senget benget.. |
Kalau
mahu diceritakan tentang isi buku ini kemungkinan 4, 5 entry perlu ditulis ini.
Kekeliruan yang sering mengelirukan kita seperti isu yang sering didebatkan dalam
media iaitu betulkah orang Melayu ini pendatang? Atau betulkah orang Asli adalah
bangsa asal negara ini? Atau betulkah kita semua ini asalnya daripada
Indonesia? Semuanya akan terjawab dengan membaca buku ini. Aku mahu berikan
satu klu daripada jawapan tersebut. [semua negara yang termasuk dalam dunia
Nusantara ialah satu rumpun. Dahulu tiada pemisahan antara negara. Bahasa yang dituturkan ialah bahasa yang
sama. ] Dapat teka ke?
Sememangnya aku
jamin 2000% yang kalau kawan-kawan baca buku tidak akan pernah bosan dan
menyesal. Daripada baca sambil berbaring, kawan-kawan boleh duduk bersila di
atas kerusi tau. Buku ini akan melahirkan insane-insan yang sepertiku ini yang
malas ambil tahu pasal sejarah akan insaf dan make effort untuk mencari bahan
yang seterusnya. Aku juga terikut melakukan itu. Ada sehelai kertas kosong dan
pen sentiasa bersamaku sepanjang aku membaca buku ini. Kertas itu untuk aku
coretkan perkataan pelik yang aku harus cari maklumat tambahan mengenainya.
Insha allah, doakan aku terus bersemangatlah dengan semangat ini. Jangan hangat
tahi kucing sudah kan. Doakanlah ek!
Akhir
kata, sila beli buku ini ditoko-toko buku. Tamat.
Buku ni memang best..banyak persoalan tentang dunia melayu bakal terjawab.
ReplyDelete