Disaat saya mula mencoret di artikel ini, pagi pertama Zulhijjah menjelma dengan terang dan indah. Bulan yang sinonim dengan musim haji ini datang bersama pelbagai ujian buat negara tercinta kita, Malaysia.
Apa
pengajaran terbesar bulan Zulhijjah dan Ogos yang patut para mahasiswa ambil
berat dan cuba aplikasikan dalam hidup?
Bila kita
sebut bulan Zulhijjah, akan terbayanglah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya,
Nabi Ismail atas seruan Allah SWT. Kita juga akan terkesan dengan kesabaran
para Jemaah haji di Tanah Suci Mekah sana. Begitu juga dengan bulan Ogos. Tema
pengajaran yang sama kita akan dapat jika kita benar-benar amati. Pengorbanan
nenek moyang kita dahulu berjihad demi sebuah kemerdekaan dan kebebasan
daripada penjajah. Mereka bermandi darah dan berkerah wang ringgit demi tanah
air.
Apa sudah
jadi sekarang? Adakah berbaloi segala pengorbanan nenek moyang menyerah
segalanya? Adakah semangat Nabi Ismail rela korban nyawa demi menyahut seruan
Tuhan yang Maha Esa terserap dalam jiwa kita?
Saya menyarankan para mahasiswa terutamanya mahasiswa Melayu Islam untuk sahut
seruan berkorban dan berani berjihad demi Malaysia tercinta. Mahasiswa patut
keluar dari kelompok kampus dan mulalah aktif bersama masyarakat. Penyakit
turun-temurun yang hidup hanya katil, kuliah, kafe dan Korea patut dihapuskan
serta-merta. Sungguh tidak lagi relevan penyakit itu.
Melihatkan
keadaan negara terkini yang amat sesak dan makin hancur identiti negara Islamnya,
mahasiswa harus sedar yang keintelektualan kita dan semangat muda belia kita
amat diperlukan untuk mempertahan negara dan bangsa daripada terus dijajah
dalam dan luar. Idea bernas kita, kepetahan berhujah kita, tenaga muda kita dan
masa lapang kita semua mesti disalurkan untuk agenda memelihara negara dan
seisinya.
Sungguh, negara
mendambakan kesatuan para belia untuk menjadi benteng di seluruh sempadan negara.
Cakna dengan musuh yang datang menyerang. Bersedia untuk serang kembali. Serang
kembali, bukan berdiam diri mematikan diri. Sikap mahasiswa yang tidak acuh
pada masalah sosial dan serangan pemikiran yang bertubi-tubi kepada masyarakat
perlu ditukar 360 darjah.
No comments:
Post a Comment