Friday, 22 June 2018

Kenapa Anak Manja, Degil, Memberontak Dan Cara Menghadapi.

Masa raya kedua yang lepas, pergi beraya ke rumah saudara. Maklumlah kan di rumah televisyen rosak, pergi rumah orang tengok semua menghadap tivi jadi jakun lah. Ada satu rumah itu dia buka Astro Mustika HD kot. Ada cerita Jihan Nak Disiplinkan Anak. Tajuk macam best kan, sekali tengok mak aihh mendidih lah darah aii.


Kenapa-Anak-Manja-Degil-Memberontak-Dan-Cara-Menghadapi-1


Anak Jihan dan suami betulnya itu sangatlah diva. ala-ala princess. Dalam cerita itu pun panggil Princess juga. Semua dia ada. Smartphone sendiri, Instagram sendiri dan peralatan solek sendiri. Aduhh gedik sungguh dan diva. Siap suruh bibik buat manicure lagi. Umur rasanya 5 tahun kot.

Semua yang tengok mesti gelakkan? Tapi bagi Fana ini bukan cerita yang bagus untuk tontonan umum. Anak-anak kecil yang tengok gelak-gelak dan akan serap dalam minda mereka. Nanti mengamuk bila mak pak tak bagi beli mainan, nak ikut macam dalam cerita itu.

Princess itu kalau mengamuk siap angkat kaki dan menjerit macam orang gila. Mak pak dia takut malu di mall, lalu belikan apa yang dia nak. Alahaii budak macam itu kena sepak cubit saja patutnya.

Cerita ini realitinya sebenarnya. Ramai anak-anak sekarang semua begitu. Mak pak semua ikutkan kehendak anak. Anak mahu itu belikan, anak mahu ini belikan. Mereka guna dalil yang tak mahu anak-anak susah macam mereka susah dulu.


Kesan Ibu Bapa Terlalu Memanjakan Anak


Silap tau cara berfikir begitu. Sepatutnya tak mahu anak kita susah macam kita, kita beri pelajaran yang bagus untuk dia. Supaya nanti anak-anak sudah besar, ada jaminan masa depan yang cemerlang dan tak hidup susah. Ajar mereka berdikari dan bersyukur. Bukan beri apa dia mahu semuanya. Jika tidak dapat, mengamuk.

Dia tahu bila dia mengamuk, mak pak akan beri apa dia mahu. Sebab itu dia sanggup mengamuk di mall tanpa rasa malu. Padahal usia menjengah 12 tahun sudah.

Bukan silap anak-anak tapi silap mak pak mereka. Cara didikan yang salah. Membentuk sikap anak-anak memberontak, degil, gedik dan liar.

Iya, memang Fana belum ada anak dan belum berkahwin pun. Tapi hidup rapat dengan orang sekeliling, sekampung seMelaka, lihat mereka didik anak buat Fana belajar banyak perkara. Duduk bertahun dengan anak-anak tuisyen pun banyak ilmu parenting yang Fana belajar. Apa yang silap, apa yang betul, apa yang kurang.

Bila jadi begini, Fana tak dapat buat apa-apa bila lihat anak orang lain ‘tak menjadi’ dari sudut pelajaran, akhlak dan sosok mukmin itu sendiri. Fana belajar dan cuba kumpul ilmu untuk anak Fana nanti. Orang bujang tak sesuai nasihatkan orang sudah punya keluarga. Apa yang kita boleh buat ialah PERHATI, BELAJAR dan APLIKASIKAN bila masanya tiba. That’s it!

Farhana Zali/ Ukhti Mawar
Bujang Tapi Suka Ilmu Parenting.

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...