Berbulan rasa tak menulis di sini. Kalau nak cakap pasal alasan akan kukeluarkan pelbagai alasan. Eloklah kubiarkan alasan itu berlalu pergi.
Disebabkan isu sekarang tengah hangat dalam negara, rasa meronta untuk menulis. Jika tiada orang baca pun, Fana pasti tulisan ini akan jadi kenangan atau bukti pemikiran Fana pada masa depan.
Terlalu banyak isu yang berlaku. Geng pondan yang semakin galak secara terbuka, politik negara yang makin menjengkelkan dan pentadbiran kerajaan terkini yang diterajui PH buat pertukaran yang mendadak dan memasukkan orang liberal dalam susunan pentadbiran. Semuanya buat Fana sedih, sakit kepala, geram dan entah semua ada.
Sejak minggu lepas lagi bila Fana scroll Instagram, mesti video dan gambar si pondan selebriti Safiey Ilias di sana-sini. Bukan dia saja yang share, tapi artis lain juga. Semua orang relaks saja bergambar, bercakap dan bergurau dengannya.
Seakan dia okay dan okay untuk kita bermuamalah dengannya. Geram ya ampun Fana tengok. Ya Allahhh. Masyarakat seakan mengiktiraf mereka dan menerima golongan seperti mereka. Siap taja majlis iftar lagi. Aduhai tepuk dahi lah.
Anak yatim meraikan iftar yang ditaja oleh pondan dan siap ada pak ustad baca doa lagi. Aduhhh.
Semua ini mengarut betul! Masyarakat patut kembalikan prinsip kita yang dulu. Prinsip yang geli atau tak suka dengan golongan mereka ini. Pulaukan sehingga mereka berubah.
Nasihat punyalah banyak ustaz dalam negara beri, dia boleh relaks membina kejayaan dalam bisnesnya. Siap orang kita jadi agent dropship lagi. Aduhh lagilah menjadi-jadi mereka ini.
Dia ini memang sudah buat pertukaran fizikal secara terbuka. Buat payudara dan kemungkinan sudah buang yang bawah. Sebab ada status yang dia kata sudah buang. Sedih sangat tau. Secara terbuka tanpa segan dan takut.
Fana masih mengikuti perkembangan pondan yang diiktiraf ini dan buat bacaan sedikit. Wujudkah akta dan apa solusinya. Sedih rasa tau. Sedih sangatt. Please lah tangkap geng dia ni!
Ukhti Mawar/ Farhana Zali
Penulis Kecil
No comments:
Post a Comment